KHEMAH
BAHAN KHEMAH
JENIS-JENIS KHEMAH
Terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk menyebabkan ia sukar untuk diklasifikasikan dan diberikan definisi yang sebenar. Walau bagaimanapun, jenis-jenis khemah dapat diperincikan berdasarkan kesesuaiannya. Berikut merupakan jenis-jenis khemah yang biasa digunakan untuk aktiviti berkhemah:
1. Khemah Bentuk A
- Bingkai berkaki 2 di bahagian luar hujung khemah dan membentuk khemah bersegitiga.
- Khemah jenis ini telah lama digunakan dan antara jenis khemah terawal.
2. Khemah Hoop
- Menggunakan 1 hingga 3 gegelung dan khemah akan menjadi bentuk terbular.
- Dinding khemah berbentuk melengkung membenarkan isipadu yang lebih luas dengan permukaan yang sama.
3. Khemah Rabung
- Mempunyai 2 batang tiang dan 1 batang alang untuk menyokong bumbung.
- Di hujung khemah diikat dengan pancang yang ditanam dalam tanah.
- Flaysheet dibentangkan untuk menutupi bahagian dalam.
- Ia selalu digunakan untuk perlindungan yang cepat dan hanya untuk keadaan cuaca yang elok.
4. Khemah Berangka
- Sesuai untuk kawasan yang landai.
5. Khemah Dinding
- Mempunyai kain khemah yang agak kecil dan kain tersebut digunakan sebagai dinding dan bumbung.
- Biasanya khemah ini digunakan untuk aktiviti perkhemahan yang jangka masanya pendek.
6. Khemah Satu Tiang
- Ringan dan senang didirikan.
- Sesuai untuk perkhemahan yang ringkas.
- Boleh digunakan oleh seorang atau dua orang peserta perkhemahan sahaja.
7. Khemah Ridge
- Sangat sesuai untuk aktiviti perkhemahan di kawasan pergunungan, di tepi sungai, jambori dan sebagainya.
- Boleh digunakan seramai 3-10 orang peserta perkhemahan.
PEMILIHAN TEMPAT UNTUK MENDIRIKAN KHEMAH
Adalah dinasihatkan bahawa tidak dibenarkan mendirikan khemah kecuali setelah mendapat arahan dari anggota penunjuk jalan atau ketua pasukan. Di samping itu semasa memilih tapak untuk mendirikan khemah, perkara-perkara tersebut perlu diberi perhatian dan penekaan:
• Tanah yang rata ( selesa untuk berbaring )
• Terlindung dari angina
• Tidak terlalu hampir dari punca air seperti sungai
• Mempuyai pandangan persekitaran yang mernrik ( soronok, lapang,dan
terhibur apabila melihatnya ).
• Boleh mendapatkan sinaran cahaya matahari bagi mengeringkan keadaan
sekitar yang lembap, menjemur pakaian, khemah dan alatan yang basah.
• Mempunyai hubungan dengan trek atau denai supaya memudahkan kita bergerak semula bagi tujuan kecemasan.
PENJAGAAN KHEMAH
2. Cuci khemah anda dengan menggunakan air sahaja tanpa menggunakan sabun. Ini kerana sabun boleh menghakis bahan kalis air yang ada pada fabrik khemah.
3. Selepas dicuci, pastikan khemah anda benar2 kering sebelum dilipat dan disimpang.
4. Simpan khemah anda ditempat yang paling selamat dari sebarang makluk perosak terutamanya lipas dan tikus. Anda juga perlu memeriksa khemah anda sekerap mungkin dan sekiranya tidak digunakan dalam jangka masa yang lama, khemah anda perlu dijemur sekali-sekala untuk menggelakkan fabrik khemah berkulat.
PEMILIHAN KAWASAN PERKHEMAHAN / TAPAK PERKHEMAHAN
Pemilihan kawasan tapak perkhemahan adalah merupakan satu perkara yang membuat penilaian boleh mendatangkan bencana dan kecelakaan kepada peserta. Pemilihan kawasan ini sebenarnya tidak boleh ditetapkan jika tdak mengambil kira beberapa faktor penting seperti di bawah:
1 Tanah atau tapak yang rata
Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan – pemasangan khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat. Sebaik-baiknya walaupun tempat yang rata, cuba elakkan daripada terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak khemah tersebut.Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung jika hujan atau bukan sebagai laluan air ketika hujan turun.
2 Corak tapak perkhemahan
Pilihlah tapak yang sesuai dari segi lapang,tiada pohon-pohon besar yang mudah rekah atau berdahan kering, permukaan tidak berselut atau lembab, dan permukaan yang curam juga haruslah dielakkan. Selain itu juga sila elakkan daripada membina khemah di kawasan sebelah dalam selekoh sungai. Tempat yang sebegini akan berlaku banjir atau dihanyutkan air yang deras sekiranya berlaku hujan yang lebat dan sebagainya.
3 Berhampiran punca air
Di antara perkara penting semasa memilih tapak perkhemahan ialah punca air yang bersih. Tapak perkhemahan yang di pilih mestilah berdekatan dengan punca air yang bersih. Air yang besih boleh digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya. Tapak khemah mestilah berhampiran dengan air sama ada sungai, anak air, telaga, kolam atau sebagainya.
Walau bagaimanapun punca air tersebut mestilah dipastikan kebersihannya supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini seperti cirit-birit atau sebarang penyakit lain yang boleh berjangkit malalui air yang tidak bersih. Punca air juga haruslah diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang bagaimana.
4 Tapak yang lebih tinggi dari punca air
Pemilihan tapak yang lebih tinggi dan rata ini adalah penting untuk mengelakkan daripada dihanyutkan air. Contohnya membina khemah di tepi pantai, di tepi sungai dan air pasang dan sebagainya.
5 Mudah untuk mendapat bantuan
Tapak perkhemahan yang dipilih juga berdasarkan kepada keadaan tempat yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan. Tapak perkhemahan itu haruslah berdekatan kampung dan laluan orang ramai. Selain itu juga setiap kali sebelum melakukan aktiviti perkhemahan haruslah melaporkan terlebih dahulu kepada pihak berwajib seperti Polis, Jabatan Hutan, pihak yang bertanggungjawab yang lain.
6 Mudah untuk mendapat bahan bakar
Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar juga merupakan faktor yang penting. Bahan bakar penting bagi menggunakan untuk memasak, membuat unggun api bagi beraktiviti, menjauhi gangguan binatang, menghalau gigitan serangga seperti nyamuk dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut ialah seperti kayu atau ranting-ranting kering, daun-daun kering, rumput-rumput kering dan sebagainya.
7 Keselamatan kawasan perkhemahan
Keselamatan kawasan perkhemahan sangat perlu di ambil kira. Kawasan tersebut perlu dipastikan bahawa bukan kawasan laluan binatang liar seperti gajah, babi dan sebagainya.
8 Jangkamasa perkhemahan
Tapak perkhemahan yang dipilih mestilah seasuai dengan jangkamasa perkhemahan. Sekiranya berkhemah untuk satu jangkamasa yang lama maka perlulah memastikan bekalan air yang mencukupi, bagi kegunaan memasak, minuman, mandi dan juga untuk kegunaan lain.
9 Bilangan peserta perkhemahan
Perancangan awal adalah diperlukan sebelum memulakan sebarang aktiviti. Sebagai contoh jumlah bilangan peserta yang akan menyertai. Penetapan ini akan mengelakan daripada berlakunya lebihan bilangan peserta dan berlakunya ketidakcukupan bahan makanan dan juga khemah sebagai tempat tidur. Malah, ianya akan menimbulkan banyak lagi masalah lain.
10 Alam Persekitaran
Alam persekitaran akan menentukan sejauh manakah kejayaan sesuatu aktiviti perkhemahan. Jadi peninjauan perlu dilakukan sebelum keluar berkhemah. Peninjauan tersebut boleh dilakukan samada dengan keluar melihat tempat tapak perkhemahan tersebut dan juga boleh dilakukan dengan memahami keadan tersebut melalui peta topo atau maklumat penduduk setempat yang tahu dan pernah ke kawasan tersebut.
PERATURAN UMUM PERKHEMAHAN
1. Mematuhi peraturan-peraturan perkhemahan yang telah ditetapkan serta
arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
2. Mengikut dan menjalankan setiap aktiviti dengan penuh dedikasi dan bersemangat tinggi.
3. Menepati masa dan penuh disiplin dalam menjalankan setiap aktiviti.
4. Mengutamakan setiap prinsip-prinsip keselamatan dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
5. Mengamalkan sikap kerjasama dan semangat kekeluargaan dalam setiap aktiviti.
6. Mematuhi semua nasihat, teguran dan trunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah atau penunjuk cara. Undangan.
7. Menyediakan sebuah buku log bagi mencatat segala aktiviti yang dijalankan.
8. Tidak meninggalkan kawasan perkhemahan tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari pensyarah penasihat.