ICT dalam pendidikan Islam

Information and Communication Technology

Teknologi adalah memainkan peranan penting dalam setiap cabang kehidupan manusia hari ini. Banyak bidang tugas yang telah diambil alih oleh alatan . Guru atau pendidik boleh menjadikan alat teknologi sebagai rakan untuk memebantu mereka dalam kerja-kerja bukan sahaja di pejabat tetapi di bilik darjah.

Penggunaan teknologi dalam Pendidikan Islam hendaklah dipergunakan secara meluas di sekolah-sekolah Ugama, kerana ianya dapat membantu dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid.

Teknologi pendidikan ialah cara yang bersistematik bagi mereka bentuk, melaksana dan menilai keseluruhan proses pembelajaran dan pengajaran dari segi objektif khusus berdasarkan penyelidikan tentang pembelajaran manusia dan komunikasi dengan menggunakan cantuman sumber manusia dan bukan manusia untuk membawa kepada pengajaran yang lebih berkesan.


Keistimewaan dan kelebihan aplikasi alatan teknologi berbanding kaedah pengajaran tradisional harus diambil kesempatan oleh guru-guru ugama. Perisian khusus untuk matapelajaran Pendidikan Islam boleh dipersembahkan dalam bentuk yang lebih menarik dengan bantuan alatan teknologi berdasarkan kemampuan, kebolehan dan corak pembelajaran yang pelbagai.