Laman ini bertujuan untuk berkongsi sama pelbagai ilmu ugama dimana terdiri daripada bidang Usuluddin dan Syariah serta dihubungkaitkan dengan isu semasa dimana penulis berusaha untuk mengkhususkan ilmu-ilmu tersebut agar dapat menjadi pengajaran pembaca dalam kehidupan seharian. Ini adalah sesuai dengan nama laman tersebut (MHM) dengan menyalurkan ilmu-ilmu yang berguna agar menjadi rujukan pembaca dan akhirnya menjadi satu amalan walau hanya sedikit.
Dengan ini juga merupakan satu langkah awal bagi memantapkan generasi baru membina negara zikir khususnya bagi Negara Brunei Darussalam dan umumnya negeri-negeri lain dengan penggunaan ICT dalam pendidikan Islam.