Borobudur Menakjubkan!
Jokjakarta, Indonesia
Pengenalan
Borobudur ialah sebuah candi Buddha yang terletak di Borobudur, Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Lokasi candi ini ialah lebih kurang 100km di sebelah barat daya Semarang, 86 km di sebelah barat Surakarta dan 40 km di sebelah barat laut Jogjakarta.
Sejarah
Menurut bukti-bukti sejarah, Borobudur ditinggalkan pada abad ke-14 seiring runtuhnya pengaruh kerajaan Hindu dan Buddha di Jawa serta mulai masuknya pengaruh Islam. Dunia mulai menyedari kewujudan bangunan ini sejak ditemukan pada tahun 1814 oleh Sir Thomas Stamford Raffles, yang saat itu memikul jawatan sebagai Gubernur Jenderal Inggeris atas Jawa. Sejak saat itu, Borobudur telah menjalani pelbagai usaha pembaikpulihan. Projek pembaikpulihan terbesar dilakukan pada tahun 1975 hingga 1982 atas inisiatif Pemerintah Republik Indonesia dan UNESCO. Tapak bersejarah ini kemudian didaftarkan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia.
Maklumat untuk Pengunjung
Harga Masuk:
- US$20/Rp 230,000 untuk pengunjung asing (dewasa).
- US$10/Rp 110,000 untuk pengunjung asing (pelajar) (pengunjung perlu menunjukkan kad pelajar).
- Rp 30,000 untuk warganegara Indonesia dan penduduk tetap.