Refleksi 2
Pendahuluan
Apabila seseorang guru itu mengajar, mereka mengaplikasikan strategi tertentu. Strategi pengajaran yang diguna akan menunjukkan kbijaksanaannya dalam memilih sesuatu pendekatan,kaedah, teknik dan aktiviti bagi sesuatupengajaran.Sesuatu pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti yang dipilih dan diaplikasi dalam pengajaran adalah strategi pengajaran seseorang guru atau pensyarah dalam melaksanakan pengajarannya
Definisi
Diperkenalkan oleh Professor William Heard Kilpatrick 1871--1965
Diperkenalkan berdasarkan teori pembelajaran iaitu hasil pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jikapelajar berminat dan bersedia melaksanakan aktiviti pelajar berminat dan bersedia melaksanakan aktiviti yang telah dirancang
Ianya juga kaedah dimana pelajar menjalankan sesuatu ujikaji atau kegiatan di dalam situasi yang sebenar dan bertujuan untuk mendapatkan sesuatu hasil dan ia memberi pengalaman pembelajaran kepada pelajar.
Tujuan kaedah projek adalah untuk melibatkan murid dengan idea-idea konseptual dan memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah pengajaran lain. Objektif utama kaedah ini adalah untuk pemerolehan pengetahuan yang baru oleh murid atau penggunaan pengetahuan sedia ada kepada situasi-situasi kehidupan seharian, penyelesaian masalah atau penghasilan produk. Dalam kaedah ini, guru berperanan untuk menentukan tajuk yang sesuai kepada murid. Bagi murid pendidikan khas, guru perlulah membantu sepenuhnya . Guru seharusnya berperanan sebagai rakan pembimbing, memastikan setiap murid mempunyai peranan dan tugasan dalam melaksanakan projek, memberikan kebebasan dan kepercayaan kepada murid untuk melaksanakan sesuatu projek mengikut kemampuan murid dengan pemantauan guru , bertindak sebagai motivator dengan sentiasa memberi dorongan kepada murid untuk mengekalkan minat mereka serta memberi masa yang secukupnya kepada murid untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan.
Untuk melancarkan perjalanan sesuatu projek yang dirancangkan, guru perlulah menyediakan alatan yang mudah dikendalikan, ringan dan tidak terlalu membahayakan murid supaya mudah dan selamat digunakan . Sebelum projek dilaksanakan, guru sepatutnya terlebih dahulu menerangkan setiap tugasan itu, cara penggunaan alatan, tujuan projek dan sebagainya dengan berulang-ulang agar pelajar faham.
Ciri-ciri Penting
- Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan pengalaman pelajar semasa menjalankan projek
- Ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam menghasilkan sesuatu projek
- Ia juga dapat memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan aktiviti
- Projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar
- Bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperoleh
- Projek yang sesuai dengan objektif pelajaran
- Kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan kepuasan jika dapat meyelesaikan projek. Pengetahuan yang di perolehi kekal dan berkesan
Kelemahan Kaedah Projek & Cara Penyelesaiannya
- Perkara pokok yang perlu diketahui oleh pengurus projek ialah kegagalan dalam memahami dan mengenalpasti objektif adalah diantara punca utama kegagalan sesuatu projek. Ianya diibaratkan seorang kapten kapal yang mahir mengendalikan kapal tetapi tidak mengetahui ke mana arah tujuan yang hendak dituju.Akibatnya kalau berjalan pun tanpa halatuju yang mana lebih baik daripada berlabuh sahaja tidak merugikan tenaga,perbelanjaan dan masa. Jadi sebagai pengurus projek mestilah memastikan objektif tercapai dengan adanya perancangan yang teratur supaya tidak terpesong daripada objektif yang telah ditetapkan.
- Kebanyakkan pengurus projek tidak membuat perancangan dengan teratur sehingga menyebabkan projek tidak berjalan dengan lancer jadi sebagai cara mengelakkan kegagalan ini pengurus projek mestilah membuat perancangan dengan teratur dan ianya adalah sesuatu kemestian terutama dalam pengurusan projek sistem maklumat bagi memastikan supaya segala masalah yang akan timbul berkaitan dapat diminimumkan dan diatasi. Kepentingan perancangan disebut oleh Steven Alter (1998) “A project plan is especially important in IS project because unanticipated technical an organization problem often arise. At minimum , having a plan helps the impact in indentifing suprises dan evaluatingtheri impact”. Jadi dapat disimpulkan bahawa perancangan yang teliti amatlah penting.
- Kesilapan yang besar ialah tidak dapat mentafsirkan atau menganalisis dengan tepat data atau output yang diperolehi dari teknik-teknik tersebut. Lebih malang lagi tidak memahami secara terperinci kegunaan dan di mana teknik-teknik tersebut digunakan yang mengakibatkan digunakan pada tempat dan keadaan yang tidak tepat serta kurang dalam menggunakan alatan pengurusan. Dengan itu sudah tentu keputusan yang dibuat tidak tepat dan projek akan gagal.Jadi dalam menggunakan dan memahami teknik perlulah diketahui dan difahami serta apa yang perlu dielakkan daripada melakukan kesilapan serta memantapkan diri dalam menggunakan alatan pengurusan.
- Strategi berasaskan projek ini memerlukan banyak tenaga dan masa untuk dilaksanakan. Murid-murid dan guru terpaksa meluangkan lebih masa dan tenaga untuk menyiapkan sesebuah projek. Sebagaimana maklum, sesebuah projek yang dihasilkan mengambil masa sekitar dua hingga tiga minggu untuk dilaksanakan. Hal ini menyebabkan banyak masa dan tenaga terpaksa dihabiskan semata-mata untuk menyiapkan projek ini.
- Kelemahan strategi berasaskan projek dalam pengajaran yang lain ialah mengurangkan fokus pelajar terhadap pengajran yang dijalankan. Ini kerana aktiviti secara berkumpulan adalah menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Dengan ini akan mudah sesetengah pelajar untuk tidak melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran yang diberikan. Permasalahan ini juga turut menyumbang kesulitan kepada pengajaran guru. Ini kerana kaedah perbincangan yang diterapkan menyulitkan para guru untuk mengenal pasti tahap kefahaman setiap pelajar. Sepertimana yang kita ketahui, daya intelek dan tahap kefahaman setiap pelajar adalah berbeza. Dengan ini, ia akan menyebabkan sesetengah pelajar yang tidak menguasai tahap kefahaman terhadap pengajaran yang diberikan terus hanyut dan lemah untuk menguasainya. Keyakinan dan kesungguhan pelajar untuk berusaha memahami pengajaran yang diberikan akan terus berkurang sehingga boleh menyebabkan pelajar tersebut lalai dalam memperolehi ilmu pengetahuan terhadap aspek yang diajar. Oleh itu, guru harus memastikan setiap pelajar mengambil bahagian dalam tugasan yang diberikan dan memantau setiap kumpulan sambil bersoal jawab dengan setiap pelajar dalam kumpulan.
- Kelemahan yang seterusnya ialah perbelanjaan untuk menghasilkan projek pula melibatkan kos yang tinggi. Untuk menghasilkan sesebuah projek pelajar harus mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk membeli bahan dan alatan yang diperlukan untuk membuat projek. Dengan itu projek memerlukan guru yang fleksibel serta kreatif untuk mengendalikan kos perbelanjaan yang mahal atau menukar bahan yang mahal kepada yang lebih murah serta menjimatkan kos.
- Kelemahan yang lain pula ialah murid yang menghasilkan projek yang kurang menarik tidak mendapat peluang untuk mempamerkan projek yang mereka hasilkan, hal ini akan menyebabkan mereka berasa kecewa kerana menganggap hasil kerja mereka tidak diiktiraf. Perasaan negative ini mungkin mendatangkan kesan yang buruk terhadap pembelajaran mereka pada masa hadapan. Jadi sebagai guru yang bertanggungjawab dalam mendidik anak murid, haruslah bersikap adil dan bertoleransi dalam hal yang mendatangkan isu sensitive dan hendaklah bersedia dengan segala cabaran yang akan datang.
- Tahap kualiti sukar untuk ditentukan dalam kaedah pengurusan projek yang sedia ada dan ini memberi kesan sekiranya wujudnya sebarang perubahan dalam proses pembangunan. Sekiranya berlaku perubahan, Pengurus projek mesti meramalkan akibatnya dan memperbaharui perancangan masa dan kos dengan sewajarnya. Kaedah – kaedah yang digunakan tidak cukup dinamik untuk meramalkan kesan masa, sumber dan kos dalam aras kualiti.
- Jika ahli – ahli dalam sesuatu kumpulan tidak diberi peluang untuk menggunakan peralatan pada masa yang diperlukan maka akan berlakunya penangguhan projek. Jadinya semua ahli – ahli projek perlu mempunyai sifat tanggungjawab yang tinggi, kerana pemilihan ahli – ahli projek yang bertanggungjawab adalah penting supaya ia tidak menimbulkan sebarang masalah pada masa akan datang.
- Pembangunan sesuatu projek akan terganggu jika seseorang pengaturcara atau lain-lain ahli dalam sesuatu organisasi terlibat dakam lebih dari satu projek pada satu masa yang sama. Kemungkinan ianya akan menyebabkan sesebuah projek tergendala atau pun tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, sikap berkongsi idea, bertukar – tukar maklumat, berterus – terang harus dijadikan budaya oleh setiap ahli yang terlibat dalam projek. Ini boleh dilakukan dengan cara selalu mengadakan perjumpaan, perbincangan dan seterusnya.
Penutup
Sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk membentuk identiti anak bangsa, menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan negara, berfungsi sebagai wahana yang kukuh untuk mencapai perpaduan serta kesejahteraan bangsa dan negara. (Tajul Ariffin dan Nor’Aini,1992). Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan yang dikehendaki di dalam diri seseorang (Atan Long, 1978). Ia juga adalah satu proses menukarkan pola tingkah laku manusia. Tingkah laku ini bermaksud tingkah laku dalam pengertian yang luas termasuk pemikiran, perasaan dan perbuatan nyata. Menurut Ralph (1949), objektif pendidikan bermakna perubahan tingkah laku yang dicari atau yang dikehendaki berlaku oleh sesebuah institusi pendidikan ke atas pelajar-pelajarnya.
Guru memainkan peranan yang penting untuk mendidik pelajar dalam melahirkan seorang insan atau generasi yang berketerampilan, mahir, berkebolehan, inovasi, kreatif, bertanggungjawab serta bermodal tinggi. Guru merupakan orang yang memainkan peranan untuk menentukan perkara-perkara yang akan dipelajari oleh pelajar. Di samping itu, mereka juga mestilah orang yang berpengetahuan dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Oleh itu, guru juga mestilah dididik terlebih dahulu. Perkara-perkara yang diajar oleh guru mungkin tidak dapat memenuhi kehendak dan minat pelajar. Ini dapat dilakukan oleh guru dengan menggunakan kaedah pengajaran yang berkesan (Abdul Rahman Aroff, 1987).