40th Happy B-day IS
GERBANG SERIBU 1-2 Mei 2015
Kedai Kopi di Gerbang Seribu
Anehnya bagaimana dalam tempoh kurang 24 jam, Gerbang Seribu mahu mengangkat ratusan isu yang dihadapkan kepadanya? Bukankah dalam tempoh 1 jam pun belum tentu satu isu dapat diselesaikan? Belum tentu semua suara dapat diperdengarkan apatahlagi didengari?
Jom Pekena Teh?
Semasa kita mengeteh, ada meja yang diduduki seorang. Yang lainnya berdua, bertiga malah ada menyusun meja panjang menempatkan 20 orang. Isu mereka boleh jadi sama tetapi seringkali berbeza. Tetapi mereka berada dalam sebuah Kedai kopi yang sama.
Open Space Technology OST (Cikgu Zainom Omar, Pakar Tiusyen Terkemuka di Manjoi menyebutkannya sebagai OPen Space Talk) memberi peluang kepada semua yang hadir - xguru mahupun xpelajar - mengemukakan persoalan untuk dibincang dan menyumbang buah fikiran dalam perbincangan di meja-meja kopi sepanjang GERBANG SERIBU.
Tiada Agenda Perbincangan
Perbincangan Gerbang Seribu dijalankan tanpa agenda khusus. Ia bermula dengan kehadiran peserta yang mengambil tempat dalam bentuk bulatan dimana semua isu bakal dikemukakan disertai Masa dan Tempat perbincangan. Peserta kemudian secara bebas memilih untuk menyertai perbincangan-perbincangan yang diadakan.
GERBANG SERIBU
Friday, May 1, 2015, 09:00 PM
TASEK RABAN Lenggong Perak Malaysia
Acara
1230 - 1430 Peserta Daftar Diri
1430 - 1630 OST/GAMES
1630 - 1700 ASAR
1700 - 1900 OST/GAMES
1900 - 2100 MAGHRIB/TAZKIRAH/ISYA
2100 - 0000 OST/ Barbeque
2 mei 2015 Sabtu
0530 Subuh
0800 - 1200 OST/GAMES
1200 - 1400 PENUTUP
1400 Rusa Menjadi Hidangan Istimewa
Mulai dengan sebuah bulatan
Mereka berkumpul, kemudian mengemukakan isu diikuti dengan perbincangan.
Setiap kumpulan perbincangan mengemukakan resolusi untuk tatapan umum.
Diskusi Demi Diskusi
Sejumlah kumpulan melakukan perbincangan secara serentak
Berhati-hati
Idea anda kami alu-alukan.