AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR
Mengenali jenis dan bahan khemah
Pengenalan
Berfikir untuk membuat dengan cara yang unik untuk menjadikan anak-anak anda berminat dengan aktiviti luar? Anda tidak perlu menghabiskan banyak masa dan wang pada perjalanan perkhemahan keluarga kerap, tetapi anda hendaklah berkhemah bersama dan melakukan aktiviti memasak, membuat khemah dan lain-lain aktiviti secara bersama supaya mereka mempunyai pengalaman berguna dan menarik.
ANTARA JENIS KHEMAH YANG BOLEH DIGUNAKAN :
BELL TENT
1) Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah.
2) Khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis “DOME”
2) Khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis “DOME”
FRAME TENT
1) Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga.
2) Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian.
2) Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian.
RIDGE TENT
1) Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung.
2) Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat
DOME TENT
1) Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel.
2) Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya
2) Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya
BAHAN UNTUK MEMBUAT KHEMAH
Bagi warga rekreasi, khemah yang diperlukan adalah ringan, lasak dan senang dipasang dan dibuka semula. Yang paling sesuai adalah khemah dari bahan nylon dan jenis-jenis yang ringan. Antara bahan untuk membuat khemah adalah seperti berikut :
1) Kanvas-untuk menutup bahagian atas daripada terkena air hujan ataupun sinar matahari dan juga sebagai pelapik bawah.
2) kayu- untuk dipacak sebagai membentuk rangka khemah.
3) tali- untuk mengikat bahagian-bahagian khemah supaya tercantum.
4) cangkul- untuk menggali lubang supaya air tidak bertakung disekitar khemah.
BARANG-BARANG LAIN YANG DIGUNAKAN KETIKA BERKHEMAH
a) Pakaian seperti baju, seluar tuala dan kelengkapan diri yang mencukupi.
b) Peralatan mandi
c) Kompas
d) Wisel
e) Lampu suluh
f) Mancis dan pisau
g) Pinggan dan mangkuk
h) Pen dan buku catatan
i) cangkul
j) gergaji, parang