Fuad Jaos
Welcome to my workspace
KUPU SB
Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) ditubuhkan pada awal Tahun Baru Hijrah 1428 bersamaan dengan 20 Januari 2007, iaitu berikutan pengisytiharan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ali saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah baginda sempena sambutan awal Tahun Baru Hijrah 1428. Baginda telah menitahkan bagi penaikan taraf kepada peringkat Kolej Universiti daripada peringkat Maktab Perguruan Ugama. KUPU SB dihasratkan menjadi sebuah institusi perguruan ugama yang unggul, menjadi kebanggaan dan memenuhi keperluan Negara serta bersedia membuka pintunya kepada pelajar luar Negara.
Sejak bulan Ogos 2007, KUPU SB telah melaksanakan pengajiannya dalam program:
- Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Usuluddin)
- Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Syariah)
- Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Pendidikan)
- Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Pendidikan Bahasa Arab)
- Sarjana Perguruan Ugama (Aqidah)
- Sarjana Perguruan Ugama (Fiqh)
- Sarjana Perguruan Ugama (Penyeliaan)
- Sarjana Perguruan Ugama (Kurikulum)
- Sarjana Perguruan Ugama (Pengurusan dan Pentadbiran)
- Diploma Perguruan Ugama Lepas Ijazah
- Sarjana Muda Perguruan Ugama (Usuluddin)
- Sarjana Muda Perguruan Ugama (Syariah)
- Diploma Tertinggi Perguruan Ugama (Usuluddin)
- Diploma Tertinggi Perguruan Ugama (Syariah)
- Diploma Perguruan Ugama (Usuluddin)
- Diploma Perguruan Ugama (Syariah)
- Diploma Pengajian Tauhid
- Diploma Pengajian Tafsir dan Hadith
- Diploma Pengajian Fiqh
- Diploma Pengajian Fiqh dan Usul Fiqh
- Sijil Khas Perguruan Ugama
Pada masa ini KUPU SB mempunyai tiga buah fakulti dan enam buah pusat iaitu Fakulti Usuluddin, Fakulti Syariah, Fakulti Pendidikan, Pusat Ilmu Teras, Pusat Bahasa, Pusat Pengajian Lepas Ijazah dan Penyelidikan, Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah, Pusat Multimedia & Teknologi dan Pusat Penerbitan. KUPU SB akan sentiasa memantapkan program latihan perguruannya, menggiatkan kajian dan penyelidikan serta penerbitan dan menjalinkan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi yang lain untuk pembangunan program, penyelididkan, pengurusan dan sumber tenaga manusia.
Melalui pengintegrasian ilmu, latihan, kajian, perkhidmatan, teknologi, ketrampilan dan jati diri berasaskan prinsip-prinsip Islam dan falsafah Negara, diharapkan KUPU SB akan dapat melahirkan pendidik yang berwibawa sebagai hamba dan khalifah Allah dalam membentuk masyarakat dan bangsa yang berilmu, beramal dan bertaqwa, serta mendukung Islam sebagai ugama rasmi dan falsafah Negara Melayu Islam Beraja.
FOOD
FOOTBALL
Kelab Bolasepak Duli Pengiran Muda Mahkota (DPMM FC) ialah kelab bola sepak yang pernah menyertai Liga Malaysia dan kini bermain di Liga Singapura, bertapak di Bandar Seri Begawan, Brunei. Kelab ini pernah bermain dalam Liga Perdana Brunei di awal 2000, memenangi liga pada 2002 dan 2004. Kelab ini bersetuju untuk bermain dalam Malaysia dan menyertai Liga Perdana Malaysia sebagai pasukan luar untuk musim 2005-06. Pasukan ini dinaiktaraf ke Liga Super dan mendapat tempat ketiga dan kesepuluh dalam liga tersebut. Kemudian, mereka meninggalkan Malaysia untuk menyertai Liga Singapura untuk musim 2009. Mereka memenangi Piala Liga Singapura tetapi dipaksa keluar dari pertandingan kerana FIFA menggantung Persatuan Bolasepak Brunei kerana kerajaan Brunei masuk campur urusan persatuan bola sepak mereka, menyebabkan semua kelab atau persatuan bola sepak dari Brunei dilarang bertanding atau menyertai mana-mana pertandingan di luar negara. Keputusan permainan kelab ini dalam Liga Singapura digantung.
DPMM FC ini dimiliki oleh oleh Putera Mahkota Brunei, DYMM Putera Al-Muhtadee Billah yang pernah bermain sebagai penjaga gol untuk pasukan itu.
KUMPULAN NASYID
Nasyid (Arab: أناشيد) merupakan senandung yang biasanya bercorak Islam dan mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi, memuji Allah, dan yang berkaitan dengan dengan Islam lainnya.
Biasanya nasyid dinyanyikan secara acappela Atau dengan diiringi gendang (duff). Metode ini muncul karena banyak ulama Islam yang melarang penggunaan alat musik kecuali alat musik perkusi.
Pada awalnya sejarah nasyid pertama kali dibawakan dengan alunan bercorak padang pasir, tetapi kini kumpulan grup nasyid telah membawa perbagai bercorak baru untuk para pendengar. Pembaharuan ini menjadikan lagu-lagu nasyid lebih menarik dan bersifat lebih daya saing dalam bidang seni.