Kembara Tanpa Arah??
SunShine Camping Service bersedia menunjuk arah untukmu!!
Kami menyediakan perkhidmatan sewaan pelbagai khemah dan aksesori mengikut keperluan anda!!
Khemah kami yang popular:
Khemah Bentuk A
- 2 tiang aluminium di bahagian luar hujung khemah dan membentuk segi tiga
- Dinding tinggi yang membentuk ruang lebih selesa
- Cara memasang: Gantungkan khemah kepada bucu (apit)
- Diperbuat daripada fabrin poplin dengan jaringan serangga
- Sesuai digunakan di kawasan tanah rendah atau pantai
- Ruang terbuka memberi kitaran udara yang baik
- Muatan maksimum: 3 orang
Khemah Dome
- Dinding berbentuk lengkung membentuk ruang dalaman yang lebih luas
- Cara memasang: Rangka khemah dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian
- Lebih kukuh dan kuat kerana penjuru khemah diregang dengan tali teraju
- Diperbuat daripada fabrin poplin dengan jaringan serangga
- Sesuai digunakan di kawasan pergunungan
- Boleh ditutup (zip) untuk memerangkap udara panas dan menghalang angin sejuk menerobos ke dalam khemah
- Muatan maksimum: 5 orang
Khemah Ridge
- Terdapat tiang yang melintang di sepanjang bumbung
- Kain khemah diperbuat daripada nilon; tiang khemah diperbuat daripada aluminium
- Mempunyai 2 lapisan kain di bumbung
- Sempadan yang lebih panjang dan ruang yang lebih luas
- Muatan maksimum: 10 orang
Kami turut membekalkan pakej rekreasi yang menarik dan kemudahan yang lengkap.
Hubungilah kami untuk mendapat tawaran harga yang istimewa!!
Waktu Perniagaan:
Isnin - Jumaat: 10 am - 9 pm
Sabtu: 11 am - 6 pm
Ahad: Rehat