REFLEKSI 1
ICT & TEKNOLOGI PENDIDIKAN ISLAM
SOALAN : Media ialah satu proses komunikasi interaktif berasakan penggunaan teknologi komputer dan ditafsirkan mengikut pandangan agen tertentu. Lima elemen-elemen utama persembahan media memainkan peranan yang penting dalam mengaplikasikan reka bentuk pengajaran. Bincangkan langkah-langkah untuk membina elemen-elemen tersebut dan bezakan kekuatan serta kelemahannya dalam mereka bentuk bedasarkan satu mata pelajaran ugama.
Media merupakan alat untuk menyampaikan atau membuat sesuatu perantaraan alat pengantar suatu bentuk misalnya televisyen. Bagi menghasilkan sesuatu media yang berkesan dan menarik elemen-elemen media itu sendiri perlulah diketahui. Elemen ini boleh mempengaruhi sesuatu kerja yang dihasilkan bagi memeproleh hasil yang lebih menarik dan berkesan kita mestilah menggabungkan kelima-lima elemen ini untuk menarik para penonton. Setiap elemen memainkan peranan masing-masing yang tersendiri. Oleh itu, elemen-elemen tersebut perlu dititik beratkan oleh setiap pengguna.
Lima elemen-elemen utama dalam media tersebut ialah :
1. Teks.
2. Grafik.
3. Audio.
4. Video.
5. Animasi.
1. TEKS
Teks membawa makna cerita dan merupakan kunci komunikasi idea. Ia bukan sahaja menyediakan maklumat kepada penonton tetapi reka letak teks, jenis dan fon yang digunakan dapat menyampaikan mesej kepada penonton tentang tema aplikasi multimedia.
Teks digunakan untuk menyalurkan pengajaran sejak dahulu lagi, dan masih digunakan hingga masa kini. Untuk membina reka bentuk pengajaran yang berunsurkan elemen teks, sudah setentunya individu itu sendiri tahu dan menguasai semua jenis huruf, simbol, statistik dan sebagainya. Teks juga memainkan peranan yang penting di dalam multimedia interaktif, dan apabila diapplikasikan dengan baik dan digabungkan bersama elemen-elemen media lainnya, teks akan nampak menarik dan setentunya dapat menarik perhatian pelajar.
Elemen teks lebih mudah untuk direka bentuk berbanding elemen lainnya, akan tetapi sebahagian pelajar akan mengambil masa yang lama untuk memproses segala maklumat yang diperolehi melalui teks.
Secara amnya, teks merujuk kepada huruf-huruf yang tersusun bagi membentuk satu jenis symbol, huruf, abjad, nombor, statistic, dan pelbagai jenis tulisan dan font yang menjadi perkara yang paling penting dalam menyampaian maklumat pada masa dahulu dan juga waktu sekarang. Namun terdapat garis panduan yang perlu dituruti dalam penyediaan teks, iaitu :
1. Ringkas tetapi padat
2. Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian
3. Pastikan teks tersebut boleh dibaca
4. Kawal pemilihan fon serta konsisten
5. Pastikan fon yang digunakan disediakan ada pada komputer lain.
6. Pemilihan stail tulisan dan juga warna teks bersesuaian
2. GRAFIK
Menurut Kamus Dewan, Grafik ialah perkara yang berkenaan dengan ukiran atau lukisan. Grafik merupakan persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak. Untuk membina reka bentuk pengajaran berunsurkan grafik, individu itu hendaklah memiliki gambar atau visual yang diperlukan untuk menyampaikan pengajarannya. Sebagai contoh, seorang guru yang hendak mengajar mengenai Sejarah Islam, beliau boleh mengumpulkan gambar-gambar berkaitan dengan pengajarannya kemudian memaparkannya di dalam kelas. Cara ini juga lebih berkesan berbanding penggunaan teks semata-mata disamping dapat menjimatkan masa.
Sebahagian pelajar lebih gemar belajar menggunakan cara ini kerana ianya menarik dan dapat menumpukan perhatian namun pelajar yang memiliki penglihatan yang kurang baik akan berasa susah untuk melihat grafik yang dipaparkan, tambahan pula apabila grafik tersebut tidak dipaparkan dengan jelas. Oleh yang demikian, guru hendaklah menyediakan bahan grafik yang jelas dan dapat dilihat oleh semua murid di dalam kelas. Contohnya dalam pengajaran tajwid Al-Qur'an, guru boleh lah membuat paparan slaid (lakaran, peta minda dsb) untuk meringkaskan pengajaran agar mudah difahami.
Grafik boleh di kelaskan kepada 2 kumpulan utama iaitu imej raster @ bitmap dan imej vektor.Imej bitmap terbentuk daripada satu kumpulan pixel-pixel yang di susun ke dalam bentuk matrik yang mudah. Setiap pixel tersebut mempunyai satu set bit-bit yang menyatakan warna dan keamatannya. Terdapat 2 faktor yangmemberi kesan kepada sesebuah imej bitmap iaitu resolusi dan kedalaman.Resolusi ialah bilangan pixel yang terdapat pada imej. Resolusi imej yang tinggi akan menghasilkan imej yang lebih tajam dan licin berbanding resolusi yang rendah. Semakin tinggi resolusi imej tersebut, semakin besar saiz failnya. Manakala kedalaman pula ialah pernyataan warna dan keterangan bagi setiap pixel.
Selain itu, grafik juga mempunyai perisian-perisian yang tertentu iaitu Microsoft Paint atau Paint, Brush, Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator, Corel Draw, Painter 3D , Macromedia Freehand, Micrograft Designer, Autucad dan lain-lain.
Bagi grafik yang digunakan dalam bidang pendidikan pula terdapat format yang dipatuhi dalam menyediakan multimedia tersebut :
i. Pilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran
ii. Pilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama
iii. Pilih katogeri grafik yang sesuai dengan keperluan tugas
iv. Pilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan aplikasi.
v. Gunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalah pada system yang berkeupayaan rendah.
3. AUDIO
Audio merupakan salah satu elemen yang ada dalam multimedia. Dengan adanya audio ini ia akan mempengaruhi emosi dan pemikiran seseorang. Selain itu, Audio juga mampu mempertingkatkan kefahaman seseorang kepada sesuatu isi kandunagn yang kompleks. Audio berfungsi sebagai untuk memudahkan penerangan bagi konsep yang sukar untuk di terangkan melalui penggunaan teks atau grafik semata-mata.
Audio dikaitkan dengan sesuatu bunyi. Ia juga berkait rapat dengan deria pendengaran. Elemen audio dalam multimedia adalah seperti rakaman suara, kesan khas dan sebagainya. Langkah-langkah yang perlu ada di dalam membina elemen ini ialah guru hendaklah memiliki alat yang dapat memainkan sesuatu audio itu contohnya radio, alat pembesar suara dan sebagainya. Guru juga hendaklah memastikan audio yang dimainkan dapat di dengar dengan jelas dan suaranya tidak terlalu besar sehingga membuatkan pelajar tidak selesa. Secara umumnya, elemen audio ini akan membantu penyampaian persembahan guru disamping dapat menimbulkan suasana dan menarik tumpuan pelajar, Audio jua digunakan untuk meneguhkan mesej yang disampaikan. Namun audio tersebut hendaklah sesuatu yang mudah difahami dan dapat didengar dengan jelas. Perlu juga diingat sebahagian pelajar yang kurang deria pendengaran akan mengalami kesukaran untuk mendengar dan memahami elemen audio. Contohnya dalam pengajaran tajwid, guru boleh memainkan rakaman suara memperdengarkan cara bacaan huruf-huruf tertentu agar pelajar dapat mengikut bacaan tersebut dengan betul.
Antara syarat yang perlu di patuhi adalah:
a. Audio hanya digunakan jika ianya didapati bersesuaian dengan isi kandungan aplikasi atau program.
b. Audio hanya digunakan sekiranya ianya diperlukan atau terdapat rasioanl mengapa ianya digunakan.
c. Sekiranya audio digunakan, pastikan penggunakan mempunyai kuasa kawakan terhadapnya. Kuasa kawalan di sini merujuk kepada kuasa mengawal ketinggalan audio, memberhentikan audio atau sebagainya.
d. Elakkan menggunakan terlalu banyak kesan yang sama di dalam sesebuah aplikasi bagi menggelakan kebosanan. Sebagai contoh, pelajar mungkin akan kagumatau seronok apabila mereka bergerak dari satu skrin ke skrin yang baru.
4. VIDEO
Video adalah elemen media. Video di gunakan untuk merakam gambar, suara, muzik dan lain-lain. Video terbahagi kepada 2 iaitu video analog dan video digital. Video analog ialah video yang di simpan dalam bentuk isyarat video televisyen, video tape, filem atau media yang bukan komputer. Manakala video digital pula ialah isyarat video analog yang telah didigitalkan dalam bentuk format numerik. Proses menukarkan isyarat video analog kepada video digital menggunakan Analog to Digital Converter (ADC). Manakala Digital to Converter (DAC) yang di gunakan untuk menukarkan isyarat video digital kepada video analog.
Video merupakan gabungan daripada elemen-elemen media lainnya seperti teks, grafik, audio dan sebagainya. Ia lebih bersifat dinamik dan realistik berbanding elemen lainnya. Untuk membina elemen video ini, guru hendaklah bijak di dalam membuat dan menggabungkan kesemua elemen-elemen media lainnya agar ia dapat menarik perhatian dan tidak membosankan. Video tersebut hendaklah jelas dan audionya pula dapat didengar oleh semua pelajar. Guru juga harus memastikan video tersebut berkaitan dengan pengajaran dan tidak memiliki unsur-unsur yang boleh nerosakkan akhlak.
Elemen Video ternyata lebih berkesan berbanding elemen lain kerana ianya mudah difahami dan dapat menarik perhatian namun untuk mencipta satu video memerlukan jepakaran dan masa yang agak lama berbanding elemen-elemen lain di dalam multimedia. Contohnya dalam pengajaran tajwid, guru memainkan video yang memaparkan huruf-huruf hijaiyah dan mengandungi audio cara sebutan huruf-huruf tersebut.
Terdapat banyak kelebihan dalam menggunakan video kepada penghasilan multimedia kita. Penggunaan video ini juga penting dalamm proses pengajaran dan pembelajaran.
1. Maklumat lebih realistik.
2. Mampu meransang pelbagai deria.
3. Memudahkan proses pengulangan.
4. Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
5. Mampu meraih emosi dan mengubah sikap.
6. Menyediakan kuasa dan kawalan kepada pelajar.
7. Membentuk kemahiran dengan lebih pantas dan berkesan.
8. Menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan.
5. ANIMASI
Animasi bermaksud memberi nyawa kepada sesuatu imej. Animasi ialah cara mudah menambahkan ilusi pergerakan iaitu kelihatan seolah-olah memberi pergerakan tetapi sebenarnya tidak. (Rozinah Jamaludin, Asas-asas Multimedia dalam pendidikan,2004).
Animasi merupakan paparan visual yang bersifat dinamik (bergerak) yang mana membuatkannya nampak hidup berbanding grafik statik. Biasanya animasi ini datang dalam bentun kartun. Untuk membina elemen animasi, seorang guru hendaklah memiliki kemahiran asas dalam membuat animasi dan bijah membuat animasi yang dapat menarik perhatian pelajar serta memberi kesan positif kepada pengajaran. Animasi tersebut hendaklah berkaitan dengan pengajaran dan mudah serta jelas. Animasi sangat diminati, lebiih-lebih lagi oleh pelajajar peringkat kanak-kanak.
Elemen animasi sengat berkesan untuk pelajar yang meminati kartun. Gerakan animasi tersebut juga dapat menarik perhatian pelajar dan membuatkan mereka lebih fokus dalam pelajaran. Namun apabila animasi tersebut tidak direka dengan baik, ia akan menganggu serta pelajar mungkin akan lebih tertarik kepada animasi tersebut berbanding pengajaran yang disampaikan oleh guru tersebut. Contohnya dalam pengajaran tajwid, guru mencipta animasi huruf hijaiyah agar dapat menarik perhatian murid untuk mengikuti sesi pembelajaran.
Kesimpulannya, semua elemen-elemen media ini dapat berdiri dengan sendirinya di dalam sesebuah rekabentuk pengajaran, akan tetapi apabila guru dapat menggabungkan dan menggunakan kesemua elemen tersebut dengan baik maka pengajaran akan menjadi lebih mudah dan memberi kesan positif berbanding jika hanya bergantung kepada satu elemen sahaja. Oleh itu, untuk membuat rekabentuk pengajaran yang mantap, kesemua elemen-elemen media ini hendaklah dipelajari dan diapplikasikan dengan baik mengikut kesesuaian matapelajaran yang akan disampaikan.
BIBLIOGRAFI :
- Rozainah Jamaludin (2004), Asas-asas Multimedia dalam Pendidikan, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, Malaysia.
- Prof. Dr. Azhar Arsyad (2010), Media Pembelajaran, PT RajaGrafindo Persada, Jakarta.