Jafreeyah Jafar
my blog
ICT DALAM PENDIKIKAN ISLAM.
kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi pendidikan bergantung kepada keupayaan dan kebolehan untuk mengaplikasikannya sesuai dengan objektif pembelajaran. Isu ini memberi satu cabaran yang besar terhadap kadar penerimaan dan persiapan mental serta kompetensi dalam penggunaannya dalam kalangan guru secara amnya. Pada masa yang sama, masih terdapat guru yang ketinggalan dalam perkembangan teknologi maklumat (IT). Akibatnya, mereka tidak dapat mengikuti perkembangan pesat yang berlaku dalam dunia pendidikan terutamanya yang dikaitkan dengan IT. Oleh itu, penggunaan IT dalam bidang pendidikan sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dalam pendidikan yang semakin maju dan menuntut kepada kerjasama dan komitmen yang begitu tinggi daripada mereka..Ilmu pengetahuan dan teknologi merupakan dua elemen yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ilmu ialah sumber teknologi yang mampu menjadi pemagkin munculnya berbagai-bagai penemuan, reka cipta dan idea baru. Fenomena ini terjadi kerana teknologi itu sebenarnya muncul hasil daripada aplikasi ilmu yang ditunjukkan dalam bentuk nyata yang lebih canggih. Malah kecanggihan ini seterusnya mendorong manusia untuk mengembangkan lagi ilmu teknologi tersebut. Menerusi hakikat inilah membuktikan bahawa Islam tidak menghalang atau mengharamkan teknologi serta ciptaan baru terutamanya untuk dimanfaatkan dalam sistem pendidikan. Menurut pandangan Islam, hukum asal segala sesuatu itu adalah mubah (harus) termasuk segala apa yang dibawa oleh pelbagai peradaban sama ada yang lama ataupun yang baru. Dalam Islam tidak ada hukum sesuatu itu haram kecuali jika terdapat nas atau dalil yang terang dan jelas yang menyatakan sesuatu itu haram. Kenyataan ini menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang sempit. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “ Dia memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan” Dalam hal ini, penggunaan IT seharusnya digunakan untuk kepentingan sejagat dan bukannya untuk kerosakan. Walaupun dijelaskan bahawa Islam bukan agama yang sempit, tetapi kegunaan alat teknologi masih tertakluk kepada syariah dan hukum yang dibenarkan oleh Islam. Tujuan ciptaan dan hadarah (kemajuan) serta objektif Islam untuk kesejahteraan manusia supaya dengan itu manusia mampu mengagungkan Allah S.W.T. Dengan kesejahteraan itu mampu membina sebuah tamadun. Namun tamadun itu perlulah memenuhi prinsip Islam. Tamadun yang bertentangan dengan idea tamadun Islam perlulah dihapuskan dari pemikiran dan hati umat Islam.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “ Barangsiapa mencari agama selain agama islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.
Hakikat yang perlu diketahui ialah penemuan teknologi seperti televisyen ,video, alat komunikasi dan yang terkini ledakan IT seperti perkembangan komputer dan internet menuntut masyarakat berpegang kepada nilai dan etika murni serta tidak terpesong daripada ajaran Islam. Contohnya, komputer dan internet yang mempunyai manfaat yang besar dalam bidang pendidikan dan dakwah Islamiah tidak seharusnya dicemari dengan perkara yang menyalahi ajaran Islam serta sumbang seperti kebebasan hidup tanpa agama tajaan barat. Sebenarnya, dalam al-Quran itu sendiri sudah terkandung ilmu teknologi yang hanya menunggu untuk dikaji dan mengamalkannya. Setiap ayat yang terkandung dalamnya digali, diteliti dan direnungi kerana al-Quran ialah sumber ilmu pengetahuan yang terbesar. Keterangan mengenai ilmu pengetahuan dan teknologi banyak dikupas dalamal-Quran. 6. menekankan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini sesuai dengan perkembangan pesat era IT dan komunikasi yang berlaku di Brunei Darussalam, penggunaan teknologi komputer boleh mengoptimumkan proses pengajaran. Teknologi komputer merupakan revolusi terbaru yang membuka dimensi baru dalam kaedah penyampaian maklumat. Dengan adanya aplikasi multimedia, fungsi komputer diperluaskan lagi jauh kehadapan daripada penggunaan awalnya, iaitu sebagai alat pemprosesan data. Cara penyampaian pada peringkat awal penggunaan komputer hanyalah terhad kepada teks, grafik, angka dan animasi yang canggih di samping penerangan bersuara. Era perkembangan IT mempengaruhi setiap sudut bidang kehidupan manusia. Aspek teknologi kini digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat dan sikap positif pelajar terhadap perkembangan teknologi. Oleh itu, guru Pendidikan Islam di Malaysia perlu mengorak langkah menjadikan komputer sebagai alat yang mampu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Selaras dengan keperluan terkini untuk memperkenalkan komputer secara menyeluruh dalam sistem pendidikan, mereka seharusnya tahu dan mampu mengendalikan beberapa perisian komputer yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keistimewaan dan kelebihan aplikasi multimedia berbanding kaedah pengajaran tradisional harus diambil kesempatan oleh guru Pendidikan Islam. Perisian khusus untuk mata 6 pelajaran Pendidikan Islam boleh dipersembahkan dalam bentuk yang lebih menarik dengan bantuan multimedia berdasarkan kemampuan, kebolehan dan corak pembelajaran yang pelbagai. Paparan grafik, audio, video, dan animasi dalam multimedia memudahkan pemahaman pelajar.
Di samping itu terdapat pelbagai alasan mengapa penggunaan multimedia sangat berkesan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang antaranya ialah :
1. Membantu memotivasikan pelajar untuk belajar secara lebih menyeronokkan .
2. Memastikan pelajar memainkan peranan aktif dalam pembelajaran mereka dengan pelajar boleh belajar mengikut tahap kebolehan sendiri memandangkan mereka boleh mengulangi bahan yang ingin dipelajari beberapa kali sehingga faham.
3. Membolehkan pelajar memperoleh maklumat dengan lebih mudah.
4. Menyediakan peluang belajar secara penemuan dan menjadikan pelajar lebih berdikari.
5. Pelajar belajar secara lebih spontan, lebih natural dan berkesan berdasarkan mod deria yang digemari.
6. Penggabungan pelbagai media di samping latihan yang direka bentuk secara interaktif membolehkan pelajar mengembangkan pengalaman mereka dengan menerokai pembelajaran sendiri dan tidak hanya menunggu untuk memperoleh maklumat secara pasif.
Dengan mengambil peranan yang aktif dalam pembelajaran dan menggunakan deria untuk memahami peristiwa baru mereka dapat menyelesaikan tugasan dengan pemahaman yang lebih luas dan mendala.