REFLEKSI
kerja kursus untuk ABM ugama
REFLEKSI 6
Pendahuluan:
Dalam zaman teknologi pada masa kini, media dan alat-alat canggih terkini memiliki pengaruh terhadap pendidikan pada masa kini. Contohnya computer dan internet yang telah banyak mempengaruhi proses pembelajaran dari bermulanya zaman teknologi wujud hinggalah saat kini. Cara-cara pembelajaran di kelas telah berubah bagi guru-guru dan murid-murid kerana dipengaruhi oleh media dan alat-alat yang canggih pada masa kini. Dengan perubahan tersebut, guru-guru berhak menguji media dan teknologi yang baru dan canggih untuk dicerap ke dalam konteks pengajaran dan pembelajaran mereka yang akan memberi impak yang tinggi pada hasil kemajuan pembelajaran murid-murid pada masa kini.
Bahan grafik adalah media visual nonproyeksi yang mudah digunakan karena tidak memerlukan peralatan dan relatif murah. Menurut Brown et. al. (1985) ada lima jenis media grafik yang memiliki keunggulan yang cukup tinggi dalam proses pembelajaran yaitu: graft, chart atau diagram, kartun, poster, peta atau globe. Masing-masing media grafik memiliki keunggulan dan keunikan sendiri-sendiri. Diagram visualisasi dalam bentuk grafik yang masih tergolong dalam gambar yang sederhana adalah diagram. Penggunaan diagram pada umumnya ditujukan untuk menggambarkkan suatu hubungan atau menjelaskan suatu proses. Diagram dapat memberikan gambaran tentang suatu proses, misalnya mengenai keaktifan murid dalam proses pembelajaran.
Isi:
Walaupun penggunaan grafik pada umumnya didapati mampu mempengaruhi pembelajaran, namun penggunaan grafik dalam pengajaran perlu mengambil kira kesesuaian peranan grafik dan objektif yang hendak dicapai. Grafik perlu dibuat dan patut digunakan untuk tujuan pengajaran dan bukan untuk hiasan.
Grafik akan membantu pembelajaran sekiranya grafik tersebut berkait dengan bahan teks tetapi grafik akan menganggu pembelajaran sekiranya grafik tersebut tidak berkait dengan teks, terlalu kompleks dan berlebihan, semata-mata perhiasan atau untuk menghasilkan kesan menarik.
Grafik jika dipilih dengan betul dan tepat dapat menambahkan kefahaman dalam pembelajaran berbanding hanya menggunakan teks kerana dalam keadaan tertentu grafik dapat mengurangkan kepayahan membaca teks, membantu menumpukan perhatian serta dapat membantu memahami perkaitan antara konsep dan meningkatkan keberkesanan dalam proses pembelajaran.
Penggunaan jenis warna yang dinamik boleh memainkan peranan penting dalam penghasilan bahan grafik. Rekabentuk yang menarik sahaja tidak cukup untuk menarik perhatian pelajar jika tidak disertakan dengan warna yang sesuai. Pemilihan kombinasi warna tertentu perlu diberikan keutamaan dalam penghasilan bahan grafik. Kombinasi yang bukan daripada famili warna sesuai mungkin akan merosakkan hasil grafik tersebut. Begitu juga kombinasi latar belakang dengan objek atau huruf tertentu dapat menambahkan tarikan terhadap hasil grafik. Oleh yang demikian teori warna perlu dikuasai dengan baik semasa mereka cipta ABM Pendidikan Islam yang menarik dan berkesan.
Reka letak sesuatu objek dan tulisan juga amat penting dalam penghasilan bahan grafik. Kedudukan objek atau tulisan yang bercelaru atau tidak mengikut aturan akan menghasilkan rekaan grafik yang tidak menarik. Oleh yang demikian adalah perlu bagi seseorang guru yang mencipta grafik mempelajari prinsip-prinsip asas reka letak, bagi membentuk hasil grafik yang menarik.
Pembelajaran akan menjadi lebih bermakna sekiranya maklumat teks digabungkan bersama maklumat grafik berbanding pembelajaran melalui maklumat teks sahaja. Kedua-dua teori ini mencadangkan teks dan perkataan akan mengaktifkan sistem mengekod dengan cara yang berbeza. Apabila maklumat dikodkan dalam dua cara, (sistem verbal dan sistem visual) kemungkinan mengingat kembali adalah tinggi dan kekal lama. Keadaan ini berlaku disebabkan terdapat dua perwakilan mental yang saling melengkapi, maka pelajar lebih mudah membina hubungan rujukan dengan mengintegrasikan perwakilan visual dan perwakilan verbal. Oleh itu, maklumat grafik (dikodkan dalam dua cara) memudahkan dan mempercepat pencapaian sesuatu tugas pembelajaran.
Hasil seni atau bahan grafik banyak digunakan dalam proses pembelajaran seseorang dan bergantung kepada daya kekreatifan setiap individu. Keberkesanan penggunaan bahan grafik dalam pembelajaran melalui perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggabungan pelbagai jenis teknik penghasilan grafik tertentu. Visual yang banyak menggunakan grafik seperti carta, graf, gambarajah, poster, lutsinar dan bahan lain boleh digunakan untuk membantu mendapatkan maklumat berkaitan maklumat yang diperlukan. Terpulanglah kepada guru untuk mereka ciptanya agar sesuai dengan pelajaran yang diajarkan serta mampu menarik perhatian murid.
REFLEKSI 5
Pendahuluan:
Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.
Isi:
Strategi pengajaran serta perinsip yang hendak digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah mempunyai sesuatu yang boleh menarik minat murid untuk belajar, maka dengan ini murid akan berusaha dengan lebih gigih dan tekun. Disamping itu juga dapat mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Sumber pengajaran dan pembelajaran ialah apa-apa sahaja alat atau bahan yang berperanan dan betugas untuk memantu guru-guru supaya dapat menyampaikan isi pelajaran supaya murid dapat memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai berdasarkan objektif yang diinginkan.
Amalan guru ugama dengan pendekatan pengajaran tradisional dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu dikaji semula dan diubahsuai. Islam tidak pernah meminggirkan teknologi dan perkembangan terkini untuk menghasilkan kaedah pendidikan yang terbaik. Walau bagaimanapun, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan oleh rasulullah s.a.w perlu dijadikan asas dan rujukan.
Dengan adanya teknologi pada masa kini, kaedah tradisional in dijadikan asas dan ditambah dan diubahsuai dengan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang moden bagi menhasilkan pengajaran dan pembelajaran yang efektif lagi.
Terdapat beberapa jenis sumber atau ABM yang boleh membantu dalam pengajaran guru. Jenis-jenis alat tersebut ialah bahan bercetak, bahan teknologi maklumat dan bahan maujud yang mempunyai beberapa tujuan selain daripada menyampaikan isi pelajaran sahaja. Antara tujuan tersebut adalah untuk merangsang deria rangsangan murid-murid, kefahaman dan interprestasi maklumat kepada murid-murid, pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai media, peningkatan daya ingatan, kemahiranberfikir, eningkatan motivasi, peningkatan kreativiti, keseronokan dalam pembelajaran, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan akhir sekali kemahiran psikomotor.
Guru-guru perlu tahu menggunakan sumber ini mengikut kesesuaian murid-murid dari segi tajuk, objektif dan isi pelajaran. Selain itu aspek tahap kebolehan dan perkembangan kognitif pelajar juga harus diambil perhatian oleh guru. Sumber pengajaran yang digunakan juga harus menepati keperluan murid iaiatu dari dsegi mtunya iaitu sesuai dengan mesej, tahan lasak serta tidak mudah rosak. Penghasilan sumber ini harus dapat merangsang dan memotivasikan pelajar untuk memberi lebih perhatian kepada proses pengajaran tersebut sekaligus proses pembelajaran menjadi lebih efektif serta berkesan.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran itu turut dipengaruhi oleh media pengajaran yang digunakan oleh seseorang guru sewaktu mengajar.
Dengan adanya Alat Bantu Mengajar, ianya akan dapat meringankan tanggungjawab seorang guru dalam usaha untuk menarik perhatian murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sedang dijalankan. Dengan adanya Alat Bantu Mengajar ini juga akan banyak memudahkan dan menolong seorang guru untuk menarik perhatian murid ketika pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.
ABM juga dapat membantu murid-murid untuk memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru dengan mudah dan teratur serta berkesan menarik minat dan perhatian murid dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
ABM memainkan peranan yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran, ianya memainkan peranan sebagai satu alat yang digunakan untuk menarik perhatian murid-murid dalam bilik darjah.
Refleksi 4
Pendahuluan:
Dalam proses belajar mengajar, kehadiran alat / media mempunyai erti yang cukup penting. Kerana dalam kegiatan tersebut, ketidak jelasan bahan yang disampaikan dapat dibantu dengan menghadirkan media sebagai perantara.
Media pengajaran dapat mempertinggi proses belajar murid dalam pengajaran, yang pada gilirannya diharapkan dapat mempertinggi hasil belajar yang dicapainya. Sebagai alat bantu, media berfungsi melicinkan jalan menuju tercapainya tujuan pengajaran. Hal ini dilandasi dengan keyakinan bahawa proses belajar mengajar dengan bantuan media mempertinggi kegiatan belajar anak didik dalam tenggang waktu yang cukup lama. Itu bererti kegiatan belajar anak didik dengan bantuan media akan menghasilkan proses dan hasil belajar yang lebih baik daripada tanpa bantuan media. Dan masih banyak lagi manfaat lainnya dari suatu alat / media pengajaran dalam literatur lain.Murid menganggap pelajaran sejarah kurang penting dipelajari,dan tidak termasuk pelajaran wajib yang menentukan kenaikan kelas dan kelulusan diakhir program.
Untuk mengatasi hal ini perlu guru memberikan motivasi yang dapat menggugah keinginan murid mengetahui peristiwa masa lampau yang menjadi catatan sejarah perjuangan bangsa sejak dahulu. Guru juga harus menyiapkan dirinya dengan berbagai keterampilan mendidik dan mengajar yang menarik bagi murid agar mereka merasa bahawa material sejarah juga perlu.Murid akan tertarik belajar sejarah kalau gurunya dianggap punya kamampuan menguasai kelas,menguasai material dan metode serta penggunaan alat bantu yang serasi dan sesuai dengan material yang diajarkan. Bererti minat anak belajar sejarah sangat ditentukan oleh kepiawaian guru mengelola kelas,menguasai material dan memilih strategi pendekatan yang sesuai serta menggunakan media yang tepat dalam pembelajaran sejarah.
Dalam bab ini, saya mencadangkan ABM komputer dan simulasi adalah ABM yang sesuai bagi mengajar Peperangan Khandak iaitu matapelajaran sejarah.
Kemajuan media komputer memberikan beberapa kelebihan untuk kegiatan produksi audio visual. Pada tahun-tahun belakangan komputer mendapat perhatian besar kerana kemampuannya yang dapat digunakan dalam bidang kegiatan pembelajaran. Ditambah dengan teknologi jaringan dan internet, komputer seakan menjadi keperluan dalam kegiatan pembelajaran.Penutup:
Dari pembahasan di atas Media dapat di simpulkan bahawa
media adalah alat bantu apa saja yang dapat dijadikan sebagai penyalur pesan guna mencapai tujuan pengajaran. Manakala manfaat media adalah, pengajaran akan lebih menarik perhatian murid sehingga dapat menumbuhkan motifasi belajar, bahan pengajaran akan lebih jelas maknanya sehingga dapat lebih di pahami oleh para murid, dan kemungkinkan murid menguasai tujuan pengajaran lebih baik, metode mengajar akan lebih bervariasi, sehingga murid tidak bosan, dan guru tidak kehabolehn tenaga, murid lebih banyak melakukan kegiatan belajar, sebab tidak hanya mendengarkan uraian guru, tetapi juga aktiviti lain seperti mengamati, melakukan, mendemonstrasikan dan lain-lain.
selain itu media juga dapat menjadikan perkembangan cara pemikiran murid, dimulai dari berpikir kongkrit menuju ke berpikir abstrak, dimulai dari berpikir sederhana menuju ke berpikir kompleks atau hal-hal yang abstrak dapat di kongkritkan, dan hal-hal yang kompleks dapat di sederhanakan. Dan juga membuat konkrit konsep yang abstrak, membawa objek yang sukar didapat ke dalam lingkungan belajar murid, menampilkan objek yang terlalu besar, menampilkan objek yang tak dapat diamati dengan mata telanjang, mengamati gerakan yang terlalu cepat, memungkinkan keseragaman pengamatan dan persepsi bagi pengalaman belajar murid, membangkitkan motifasi belajar, menyajikan informasi belajar secara konsisten dan dapat diulang maupun disimpan menurut keperluan.Refleksi 3
Pendahuluan:
Dalam zaman yang serba moden dan canggih ini, perkembangan dunia teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat dari semasa ke semasa. Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) juga berkembang dari menggunakan papan tulis bertukar kepada yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, eleketronik dan sebagainya.
Dari pengajaran tradsional yang menggunakan alat bantu mengajar (ABM) seperti Kad Manila, Carta, Papan hitam, Model, dan sebagainya kepadalah penggunaan alat bantu mengajar (ABM) seperti Projektor, Multimedia, pita rakaman dan sebagainya. Seperti yang diketahui, semua alat bantu mengajar, berbentuk tradisional atau teknologi, semuanya tidak dapat dinafikan akan keberkesanannya mengikut penggunaan guru itu sendiri. Dari menggunakan kapur sebagai alat menulis di papan hitam yang berfungsi dalam mengajar dan menerangkan murid apa yang diajarkan hinggalah kepada menggunakan slide powerpoint.
Isi:
Sememangnya setiap alat bantu mengajar (ABM) itu tidak terkecuali dalam meningkatkan pendidikan islam samada berbentuk tradisional atau teknologi. Tetapi setiap perubahan itu selalunya mendatangkan manfaat. Dan perubahan dari tradisional kepada teknologi itu, tidak kira jenis, membawa perubahan yang drastik. Penggunaan kapur, sebagai alat tulis dalam mengajar atau menerangkan murid akan apa yang dipelajari adalah suatu teknik yang biasanya dipraktikkan. Tetapi, dengan wujudnya teknologi, diubah penggunaan kapur kepada slide powerpoint, lebih menampakkan keberkesanannya dalam mengekalkan konsep yang diajarkan kepada murid didalam ingatan.
Dengan menggunakan perumpamaan, ‘apa yang dimahukan, ada dihujung jari’, adalah perumpamaan yang menjelaskan tentang teknologi. Dengan hanya memasukkan perkataan ‘wudhu’ kedalam carian kotak, dari pengertian hinggalah video yang menerangkan cara-cara berwudhu dipaparkan dan boleh dimuat turun untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar atau untuk keperluan sendiri mengikut cara penggunaannya. Sama halnya dalam menggunakan slide powerpoint. Murid terbiasa dengan penggunaan kapur pada papan tulis. Tetapi dengan penggunaan slide powerpoint, guru dapat memasukkan gambar atau menukarkan perkataan-perkataan dengan pelbagai warna. Dan ianya tidak memerlukan pembelanjaan yang terlalu tinggi dan menggunakan masa yang lama untuk menyediakannya.
Bukan saja murid dapat memahami sesuatu konsep, fakta atau idea dengan lebih jelas malahan murid akan sentiasa mengikuti setiap perkembangan proses pengajaran yang dijalankan. Sama juga dengan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) berbentuk teknologi yang lain. Seperti penggunaan visual, menayangkan kepada murid video tentang pelajaran ibadat, tarikh dan sebagainya. Juga termasuk bahan elektronik yang lain, seperti iPad atau tablet. Semuanya itu adalah dengan tujuan supaya murid dapat mempelajari suatu pelajaran itu dengan dapat membayangkan kejadiaan yang berlaku dengan cepat dan mudah.
Penutup:
Teknik pengajaran dan pembelajaran bagi seorang guru buknnya sekadar chlk and talk tpi lebih dari itu seperti, penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dalam proses pengajaran dan pembelajran. Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) perlu dipelbagikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankn dengan berkesn, menarik perhatian, menjimatkan ms dn tenaga serta menghasilkn pembeljaran yang lebih menarik dan menyeronokkan ini menjelaskan kepad kita betap pentingnya penggunaan alat bantu mengajar (ABM) kepad guru-guru dlm menyampaikan pelajaran kepada pelajar-pelajarnya.
Refleksi 2
Saya pernah melakukan pencerapan ke 3 buah sekolah ugama di Negara Brunei Darussalam dan ternyata, tidak ada sebuah sekolah ugama pun yang menggunakan ABM dalam pengajaran. Ini berkemungkinan guru itu sendiri tidak terlatih dalam menggunakan ABM untuk digunakan semasa pengajaran. Mungkin juga penggunaan ABM itu kurang digunakan kerana beralaskan faktor masa. Barangkali dengan menggunakan ABM, waktu untuk menyediakan itu sangat singkat dan ianya akan menjejaskan masa pengajaran seorang guru ugama itu.
Jadi sepatutnya, sebagai seorang guru ugama, ia haruslah dilatih untuk bersedia menggunakan ABM dalam sesi pengajarannya dan tidak ada alasan untuk mengatakan waktu pengajaran dan menyediakan ABM adalah singkat dan tidak ada alasan juga untuk mengatakan bahawa guru itu tidak pandai menggunakan ABM kerana belum dilatih.
Refleksi 1
Alat bantu mengajar(ABM) yang mana juga dikenali sebahagian daripada media pengajaran yang ditakrifkan sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran. Berdasarkan definisi ini, jelas menekankan alat bantu mengajar sebagai satu elemen yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kita selalu beranggapan, penggunaan perkataan di dalam kelas sudah memadai untuk menyampaikan mesej dalam sesuatu pengajaran. Sering kali ramai guru yang berpegang kepada kepercayaan tersebut, ini menyebabkan timbulnya masalah komunikasi guru dengan pelajar.
Alat Bantu Mengajar yang baik dan berkualiti akan membantu guru agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan berkesan. Visual yang berkualiti juga akan turut menyemai nilai-nilai etika dikalangan pelajar dan juga akan mencetuskan satu disiplin yang positif kepada mereka. Selain daripada itu juga, Alat Bantu Mengajar yang baik mempunyai ciri-ciri yang dapat menyediakan satu rujukan bersifat konkrit kepada para guru. Ini adalah lebih baik dan bermakna daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Ini bermakna fungsi utama Alat Bantu Mengajar adalah untukmeningkatkan komunikasi dua hala antara pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menarik sekiranya guru mampu menyediakan alatan tertentu yang sesuai dengan objektif pembelajaran dan sukatan matapelajaran yang ditetapkan. Oleh itu, pelbagai jenis alatan dan media wajar diketengahkan dalam proses pembelajaran untuk merangsang minda kanak-kanak selain membantu guru memudahkan proses penyampaian.