WELCOME

KUPU SB

PROFILE KUPU SB

PROFILE KUPU SB

PENGENALAN

Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) ditubuhkan pada awal Tahun Baru Hijrah 1428 bersamaan dengan 20 Januari 2007, iaitu berikutan pengisytiharan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ali saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah baginda sempena sambutan awal Tahun Baru Hijrah 1428. Baginda telah menitahkan bagi penaikan taraf kepada peringkat Kolej Universiti daripada peringkat Maktab Perguruan Ugama. KUPU SB dihasratkan menjadi sebuah institusi perguruan ugama yang unggul, menjadi kebanggaan dan memenuhi keperluan Negara serta bersedia membuka pintunya kepada pelajar luar Negara.

Sejak bulan Ogos 2007, KUPU SB telah melaksanakan pengajiannya dalam program:


  1. Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Usuluddin)
  2. Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Syariah)
  3. Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Pendidikan)
  4. Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Pendidikan Bahasa Arab)
  5. Sarjana Perguruan Ugama (Aqidah)
  6. Sarjana Perguruan Ugama (Fiqh)
  7. Sarjana Perguruan Ugama (Penyeliaan)
  8. Sarjana Perguruan Ugama (Kurikulum)
  9. Sarjana Perguruan Ugama (Pengurusan dan Pentadbiran)
  10. Diploma Perguruan Ugama Lepas Ijazah
  11. Sarjana Muda Perguruan Ugama (Usuluddin)
  12. Sarjana Muda Perguruan Ugama (Syariah)
  13. Diploma Tertinggi Perguruan Ugama (Usuluddin)
  14. Diploma Tertinggi Perguruan Ugama (Syariah)
  15. Diploma Perguruan Ugama (Usuluddin)
  16. Diploma Perguruan Ugama (Syariah)
  17. Diploma Pengajian Tauhid
  18. Diploma Pengajian Tafsir dan Hadith
  19. Diploma Pengajian Fiqh
  20. Diploma Pengajian Fiqh dan Usul Fiqh
  21. Sijil Khas Perguruan Ugama

Pada masa ini KUPU SB mempunyai tiga buah fakulti dan enam buah pusat iaitu Fakulti Usuluddin, Fakulti Syariah, Fakulti Pendidikan, Pusat Ilmu Teras, Pusat Bahasa, Pusat Pengajian Lepas Ijazah dan Penyelidikan, Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah, Pusat Multimedia & Teknologi dan Pusat Penerbitan. KUPU SB akan sentiasa memantapkan program latihan perguruannya, menggiatkan kajian dan penyelidikan serta penerbitan dan menjalinkan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi yang lain untuk pembangunan program, penyelididkan, pengurusan dan sumber tenaga manusia.

Melalui pengintegrasian ilmu, latihan, kajian, perkhidmatan, teknologi, ketrampilan dan jati diri berasaskan prinsip-prinsip Islam dan falsafah Negara, diharapkan KUPU SB akan dapat melahirkan pendidik yang berwibawa sebagai hamba dan khalifah Allah dalam membentuk masyarakat dan bangsa yang berilmu, beramal dan bertaqwa, serta mendukung Islam sebagai ugama rasmi dan falsafah Negara Melayu Islam Beraja.



FALSAFAH

Usaha berterusan bagi pembinaan umat bermaruah berasaskan keupayaan sistem pendidikan dalam menjana tradisi pengajaran-pembelajaran

formal dan non-formal, untuk melahirkan pendidik dan pemimpin bertaqwa menerusi pemaduan tenaga pendidik yang berwibawa,

berakhlak mulia, berbudaya ilmu yang tinggi dan kesediaan masyarakatnya untuk dibimbing bagi mendapat keberkatan, keredhaan dan

keampunan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.


VISI

Mencapai kemuliaan akhlak dan kecemerlangan ilmu perguruan ugama yang terbilang

di Alam Melayu bertaraf antarabangsa.


MISI

Memartabatkan pengajian perguruan ugama bagi melahirkan pendidik berjati diri melalui pengintegrasian ilmu latihan, kajian,

perkhidmatan, ketrampilan dan teknologi berasaskan prinsip-prinsip Islam,

Konsep Melayu Islam Beraja dan Falsafah Pendidikan Negara.


MATLAMAT

Melahirkan sumber tenaga manusia sebagai hamba dan khalifah Allah yang berwibawa dalam pendidikan perguruan Islam,

untuk membentuk masyarakat dan bangsa yang berilmu, beramal dan bertaqwa menurut ajaran Ahli Sunnah Waljama'ah

bermazhab Syafi'e serta mendukung kedudukan Ugama Islam sebagai ugama rasmi negara dan Konsep Negara Melayu Islam Beraja.


OBJEKTIF

  • Mengadakan program latihan dalam bidang perguruan Islam di peringkat pengajian sijil, diploma, ijazah dan ijazah lanjutan

serta kursus-kursus pemantapan dan peningkatan.

  • Melaksanakan kajian dan penyelidikan ilmiah dan menyebarluaskan hasil pengalaman, penemuan dan penyelidikan dalam bidang

pengajaran-pembelajaran menerusi penerbitan.

  • Menjalin kerjasama dengan institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara berkaitan hal ehwal perguruan, penyelidikan,

perkhidmatan dan pengurusan, tenaga akademik dan pelajar.