Soalan- soalan refleksi
Refleksi 1
Media ialah satu proses komunikasi interaktif berasakan penggunaan teknologi komputer dan ditafsirkan mengikut pandangan agen tertentu. Lima elemen-elemen utama persembahan media memainkan peranan yang penting dalam mengaplikasikan reka bentuk pengajaran.
Bincangkan langkah-langkah untuk membina elemen-elemen tersebut dan bezakan kekuatan serta kelemahannya dalam mereka bentuk bedasarkan satu mata pelajaran ugama
Refleksi 2
Kejayaan sesuatu projek itu bergantung kepada kebolehan pengurusan untuk mengkordinasikan organisasinya yang mempunyai kemahiran tertentu, supaya dapat melaksanakan tugasan yang diberikan.
Nyatakan SEPULUH (10) punca kegagalan dan SEPULUH (10) cara mengelakkanya dalam pengurusan projek mereka bentuk pengajaran, sebagai satu proses analisisa keperluan dan matlamat dan pembangunan sistem penyampaian untuk memenuhi keperluanpembelajaran. Ia termasuk pembangunan bahan-bahan pengajaran danaktiviti; dan ujian dan penilaian semua aktiviti pengajaran danpembelajaran.
Refleksi 3
Teknologi info-komunikasi bukan semata-mata suatu ilmu dan bukan juga alat, bahkan yang dititikberatkan ialah proses, kaedah, dan idea bagi memastikan penggunaan sesuatu ilmu dan alat atau bahan itu mencapai kejayaan.
Bincangkan aplikasi ICT dan Media dalam Pendidikan Islam sebagai suatu usaha meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh seorang guru ugama.
refleksi 4
Dalam proses pembelajaran Pendidikan Islam, kehadiran guru, sekurang-kurangnya untuk memberikan tugasan kepada pelajar untuk melaksanakan pembelajaran mereka. Namun, mewujudkan perisian yang bermodel reka bentuk pengajaran menjadikan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih effisyen.
Model ADDIE (1989) menunjukkan bahawa dalam mereka bentuk pengajaran terdapat lima langkah utama yang perlu diberi perhatian. Bincangkan langkah-langkah tersebut bagi mereka bentuk pengajaran awda berdasarkan mata pelajaran Tajwid
Refleksi 5
Pengurusan bahan pengajaran yang creatif dan memenuhi kehendak pelajar serta kesusuaian setting dalam bilik darjah dapat membantu perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Mewujudkan bahan pengajaran yang bermodel rekabentuk menjadikan pembelajaran tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih effisyen.
Model ASSURE yang berorientasikan bilik darjah dalam merekabentuk bahan-bahan pengajaran, memerlukan enam (6) langkah yang perlu diikuti. Bincangkan langkah-langkah tersebut bagi merekabentuk bahan pengajaran awda.