بسم الله الرحمن الرحيم
TERIMA KASIH MELAWAT KE BLOG SAYA
NIZAH LATIF
PENCAPAIAN HIDUP !
More about me....
Lebih dikenali dengan panggilan 'Nizah'
Alhamdulillah masih dipinjamkan nyawa dimuka bumi ni hampir mencecah 22 tahun..
Pencinta alam .. terutamanya PANTAI
Pengemar apa saja yang berkaitan dengan "HIJAU"
Pengila NOVEL MELAYU
Obses dengan drama Korea dan Jepun
Obses dengan movie yang berunsurkan keganasan
Mudah menangis dan sensitif.
#Sekolah Rendah Birau Tutong, sekolah pertama yang banyak mengajar saya erti kehidupan. (Darjah Pra - Darjah 5)
#Sekolah Persediaan Arab, Bandar Seri Begawan. (Darjah 5 & 6)
- penduduki peperiksaan PSR dan mendapat keputusan '4A 1B'.
#SUAMPRIPAD.. (Sekolah menengah yang sangat menitikberatkan soal ugama)
- menduduki peperiksaan PMB dan mendapat keputusan '8 kepujian'.
- menduduki peperiksaan 0'Level dan mendapat '7 O'Level'.
- menduduki peperiksaan SPUB dan mendapat '7 kepujian'.
#SMALHB.. (Sekolah yang ramai tidak menyangka kerana sekolah ini dinamakan sekolah arab lelaki tetapi ada juga mengandungi pelajar perempuan).
- dilantik menjadi salah satu persatuan Majlis Pelajar sebagai 'Pen.Ketua Unit Majalah'.
- menduduki peperiksaan A'Level dan mendapat '3 A'Level'.
- menduduki peperiksaan STPUB dan mendapat 'Jaid Jiddan'.
#Antara aktiviti luar yang sering diikuti:
- pertandingan menulis karangan (peringkat rendah dulu) mendapat tempat ke-5 sebagai pemenang saguhati.
- pertandingan menulis kerangan panjang anjuran dewan bahasa dan pustaka dan pernah mendapat tempat ke-3, 10 yang terbaik dan 50 yang terbaik.
- menyertai beberapa kali dalam perbarisan dan persembahan sempena hari kebangsaan.
- peraduan bercerita 'english story telling' semasa peringkat rendah (tapi nda mau menang)
- menyertai khatam Al-Quran anjuran Masjid Jame 'Asr.
- menyertai pertantingan menghafal ayat-ayat lazim anjuran Masjid Jame Asri, mendapat tempat ke 3.
- minat dalam mengikuti fun run / larian amal anjuran apa saja ajensi samada kerajaan ataupun sewasta.
- pernah mengikuti kursus bahasa arab anjuran UNISSA selama 3 bulan.
- minat dalam mengikuti perkembangan seni tulisan jawi (tapi nda pandai menulis tulisan jawi lawa-lawa).
- beberapa kali mengikuti program Syababul Islam anjuran belia-belia masjid.
- menyertai Persatuan Kadet Bomba dan Penyelamat.
## Sekarang menyambung pengajian diperingkat lebih tinggi,
> pengajian yang dikenali dengan pegangan ugama Islam yang kuat,
> pengajian yang menyeimbangkan diantara hal-hal dunia dan akhirat,
> pengajian yang banyak membantu dalam hal mendidik anak-anak bangsa,
> pengajian yang menyediakan konsep-konsep pendidikan ukhrawi,
> pengajian yang mengunakan 3 bahasa penghantaran dalam pengajaran dan pembelajaran...
>>>> pengajian yang saya maksudkan ialah KUPUSB <<<<
(( KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN ))