PERKHEMAHAN
STRUKTUR DAN BAHAN KHEMAH
STRUKTUR KHEMAH
- Umumnya khemah mempunyai poles (batang bersambung dan bertali) yang membentuk rangka dan fabrik khemah atau skin yang akan menutup rangka ini membentuk poket dalaman.
BAHAN KHEMAH
- Khemah
- Fly sheet
- Kanvas
- Tali kermental, kambing, rafia
- Ground sheet
- Pole
JENIS KHEMAH
Khemah Bentuk A
- Bingkai berkaki 2 di bahagian luar hujung khemah dan membentuk khemah bersegitiga.
- Khemah jenis ini telah lama digunakan dan antara jenis khemah terawal.
Khemah Hoop
- Menggunakan 1 hingga 3 gegelung dan khemah akan menjadi bentuk terbular.
- Dinding khemah berbentuk melengkung membenarkan isipadu yang lebih luas dengan permukaan yang sama.
- Khemah jenis ini kukuh dan kuat.
Khemah Rabung
- Mempunyai 2 batang tiang dan 1 batang alang untuk menyokong bumbung.
- Di hujung khemah diikat dengan pancang yang ditanam dalam tanah.
- Flaysheet dibentangkan untuk menutupi bahagian dalam.
- Ia selalu digunakan untuk perlindungan yang cepat dan hanya untuk keadaan cuaca yang elok.
Khemah Berangka
- Jenis khemah sesuai untuk kawasan yang landai.
Khemah Satu Tiang
- Ringan dan senang didirikan.
- Sesuai untuk perkhemahan yang ringkas.
- Boleh digunakan oleh seorang atau dua orang peserta perkhemahan sahaja.
Khemah Bentuk Ridge Besar
- Biasanya diperbuat daripada kanvas.
- Mempunyai pelbagai saiz dadn berat.
- Boleh menampung seramai 10 hingga 40 orang penghuni.
- Khemah ridge ditegakkan dengan menggunakan aloi.
Khemah Dinding
- Mempunyai kain khemah yang agak kecil dan kain tersebut digunakan sebagai dinding dan bumbung.
- Biasanya khemah ini digunkan untuk aktiviti perkhemahan yang jangka masanya pendek.
- Lazimnya digunakan di tepi pantai dan tepi sungai untuk aktiviti memancing.
How to set up a tent, by Girl Scout Troop 341.