Kejurulatihan Digital
DIY CPD
1. Rujukan Utama: Dasar Pembelajaran Digital IPGM
Maklumat tentang DELIMa KPM dan domain epembelajaran IPGM
Setiap akaun DELIMa kini adalah akaun edisi Education Plus. Antara fitur yang ada:
- Google Meet dengan Activities yang ada Breakout Room, Polls dan Q&A selain daripada Whiteboarding dan Record meeting. (Nota: Google telah memaklumkan bahawa fungsi rekod untuk akaun biasa edisi Basic tidak boleh lagi digunakan bermula Januari atau Februari 2022 secara berperingkat)
- Google Meet untuk 500 orang.
- Livestreaming untuk 100,000 orang untuk domain yang sama
- Originality Report untuk setiap pelajar.
- Integrasi aplikasi seperti Nearpod dalam Google Classroom.
Baca lebih lanjut fitur-fitur yang boleh digunakan dengan akaun DELIMa.
2. DIY CPD dan Kejurulatihan Digital
A. Kejurulatihan Digital untuk peningkatan kompetensi pensyarah dan pelajar
Kejurulatihan kini menjadi salah satu Kemahiran Insaniah yang ditekankan dalam kurikulum IPGM bermula 2022:
B. Pengiktirafan dan Pensijilan Digital
Setiap pembekal perkhidmatan digital ada menawarkan pensijilan dan pengiktirafan untuk kompetensi digital. Boleh rujuk kepada laman web berikut untuk Google, Microsoft dan Apple.
Google menawarkan 3 pensijilan melalui peperiksaan dan 3 program untuk pengiktirafan dalam kejurulatihan digital. Rujuk sumber berikut:
3. Grow with Google: Google Applied Digital Skills
Anda boleh mulakan DIY CPD melalui Google Applied Digital Skills. Klik pautan berikut:
4. Ahli komuniti Google Educator Groups (GEG) Petaling Jaya
Google Educator Groups adalah satu cara untuk mendapat sokongan dalam kejurulatihan digital. Sertailah GEG untuk pemantapan professionalisme pensyarah.