PENDIDIKAN LUAR
KHEMAH DAN PENGENALANNYA
KHEMAH
Perkhemahan adalah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk merehatkan fikiran. Perkhemahan juga boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan serta rakan apabila melakukannya bersama-sama. Alat yang paling penting untuk aktiviti ini adalah KHEMAH. Pemilihan khemah yang baik amat penting untuk menjamin keselesaan ketika perkhemahan
JENIS JENIS KHEMAH
Ridge tent
• Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung.
• Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.
Dome tent
• Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel.
• Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya.
Frame tent
• Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga.
• Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian.
Bell tent
• Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah.
• Khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis “DOME”.
BAHAN KHEMAH
Bahan untuk membuat khemah mestilah tahan lasak dan kalis air. Selalunya khemah akan dibuat daripada bahan yang ringan seperti nylon. Nylon ini bukan sahaja ringan malah kalis air dan tahan lasak.
PENJAGAAN KHEMAH
• Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul. • Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan.
• Tidak mencuci khemah menggunakan sabun atau bahan pencuci. Yang mengandungi bahan kimia.
• Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan selamat daripada ancaman haiwanperosak dan ditempat yang kering.
• Pastikan semula alatan yang digunakan untuk mendirikan khemah dan lengkap sebelum disimpan.