Tokoh Ilmuan Islam Al - Farabi
Kelab Amatur Intelektual
Al - Farabi pesonakan Raja dengan seruling
Ibn Khallikan merakamkan kisah yang berlaku antara al-Farabi, Sayf al-Daulah al-Ham dan serta cendekiawan lain pada majlis ilmu anjuran Sayf al-Daulah. Kisahnya adalah seperti berikut:
Pada suatu hari di Istana Sayf al-Daulah, satu majlis perbincangan ilmiah diadakan.
Majlis berkenaan dipengerusikan oleh baginda sendiri dan dihadiri oleh ramai sarjana pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
Al-Farabi turut hadir dalam majlis itu dengan berpakaian Turki. Selepas lama mengadakan perbincangan, Sayf al-Daulah bertanyakan al-Farabi sama ada beliau mahu atau tidak menikmati minuman atau makanan. Al-Farabi menjawab: "Tidak."
Baginda bertanya lagi: "Muzik!" "Ya" jawab al-Farabi, lalu beliau tumpukan perhatian kepada pertunjukan muzik.
Sayf al-Daulah memanggil satu kumpulan pemain muzik terbaik untuk membuat persembahan. Tetapi, persembahan itu tidak menarik perhatian al-Farabi.
Beliau sebaliknya mengkritik persembahan itu, lalu Sayf al-Daulah bertanya: "Apakah tuan berpengetahuan seni juga?" "Ya." Jawab al-Farabi.
Kemudian baginda meminta al-Farabi bermain alat muzik. Al-Farabi membuka begnya lalu mengambil 'ud (seruling) dan segera memainkannya. Pendengar terpesona dengan kepintarannya.
Beliau memainkan alat berkenaan menurut rasa 'sentimen' mereka dengan mengubah iramanya menjadikan mereka semua (pendengar) sekejap tertawa, kemudian menangis dan kemudian tertidur.
Seorang lagi, ilmuwan Islam terkemuka, Ibnu Sina bukan saja terkenal dalam bidang perubatan, malah seni.
Ibnu Sina turut menguasai ilmu muzik, syair dan sastera.
Sejarah Islam juga mencatatkan, tokoh perubatan Arab terkenal pada Zaman Pertengahan, Al-Razi sangat meminati muzik dan nyanyian, sebelum beralih ke ilmu perubatan.