WELCOME
ICT GROUP D
MODEL ARCS (J.KELLER)
Model ARCS (Attention, Relevance, Confidence, Satisfaction), dikembangkan oleh Keller dan Kopp (1987) sebagai jawapan pertanyaan bagaimana merancang pembelajaran yang dapat mempengaruhi motivasi berprestasi dan hasil belajar. Model pembelajaran ini dikembangkan berdasarkan teori nilai harapan (expectancy value theory) yang mengandung dua komponen iaitu nilai (value) dari tujuan yang akan dicapai dan harapan (expectancy) agar berhasil mencapai tujuan itu. Dari dua komponen tersebut oleh Keller dikembangkan menjadi empat komponen. Keempat komponen model pembelajaran itu adalah attention, relevance, confidence dan satisfaction dengan akronim ARCS (Keller dan Kopp, 1987).
Models ARCS adalah model yang terkenal dalam model rekabentuk instruksi yang digunakan secara meluas. Model ARCS berakar umbi pada banyak teori dan konsep motivasi, khasnya teori jangkaan-nilai atau expectancy-value (contohnya Vroom, 1964; Porter dan Lawler, 1968).
Dalam teori jangkaan, "usaha" dikenalpastikan sebagai hasilan utama yang boleh diukur. Supaya "usaha' boleh berlaku, dua prasyarat mesti ditetapkan -
(1) orang berkenaan mesti menghargai tugas.
(2) orang tersebut mesti percaya ia boleh berjaya melakukan tugas.
Justeru itu, dalam situasi instruksi, tugasan pembelajaran mesti disembahkan dalam cara yang melibatkan dan bererti kepada pelajar; dan dapat menggalakkan jangkaan positif akan kejayaan pencapaian objektif-objektif pembelajaran.
Models ARCS mengenalpasti empat komponen strategi yang penting untuk memotivasikan instruksi:
- [A]ttention / Perhatian - strategi untuk memberangsang dan mengekalkan rasa ingin tahu dan minat
- [R]elevance / Perkaitan - strategi untuk menghubungkan keperluan, minat dan motif pelajar.
- [C]onfidence / Keyakinan - strategi untuk membantu pelajar membangunkan jangkaan positif untuk kejayaan pencapaian pembelajaran; dan
- [S]atisfaction / Kepuasan - strategi untuk membekalkan pengukuhan ekstrinsik dan instrinsik. (Keller, 1983)
Keller (1987) membahagikan keempat-empat komponen ARCS kepada tiga sub-komponen strategik. Penerangan sub-komponen strategik dan contoh yang releven dengan instruksi adalah seperti berikut:
Attention / Perhatian
- Perangsangan Persepsi: menyediakan novelti, kehairanan, (incongruity) atau ketidakpastian. Contoh: Guru menunjukkan gambar yang tidak lengkap atau kotak yang tertutup dan dihiaskan dengan tanda soal kepada murid-murid.
- Perangsangan Inkuiri: stimulasikan rasa ingin tahu dengan mengajukan soalan atau masalah untuk diselesaikan. Contoh: Guru menyampaikan satu senario tentang sesuatu masalah dan mengarahkan murid melakukan percambahan idea (brainstorm) penyelesaian yang munasabah berasaskan apa yang telah dipelajari dalam kelas.
- Kepelbagaian: memasukkan beraneka jenis kaedah dan media untuk memenuhi kehendak-kehendak pelajar yang berbeza-beza. Contoh: Selepas menyampai dan meneliti isi pelajaran, murid-murid menjalankan perbincangan dan latihan dalam kumpulan koperatif.
Relevance / Perkatian
- Orientasi Matlamat: menerangkan objektif dan tujuan berkaitan dengan instruksi dan kaedah-kaedah spesifik untuk pencapaian berjaya. Contoh: Guru menjelaskan objektif dan kepentingan objektif pelajaran.
- Pemadanan Motif: memadankan objektif dengan keperluan dan motif pelajar. Contoh: Guru membenarkan pelajar menyampaikan hasil projek dalam bentuk bertulis, lisan atau grafik demi menyesuaikan gaya dan keperluan pembelajaran yang berbeza-beza di kalangan muridnya.
- Kebiasaan: menyampaikan isi kandungan dengan cara yang mudah difahami dan boleh berkaitan dengan pengalaman dan nilai pelajar. Contoh: Murid-murid diminta memberi contoh tentang pengalaman diri sendiri yang berkaitan dengan konsep yang telah diterima dalam kelas.
Confidence / Keyakinan
- Prasyarat Pembelajaran: memaklumkan pelajar tentang prasyarat pembelajaran dan prestasi serta kriteria taksiran. Contoh: Guru menyediakan pelajar dengan senarai kriteria taksiran tentang projek penyelidikan yang ditugaskan. Selain itu, juga dilihatkan contoh-contoh baik projek-projek yang lalu.
- Kesempatan Berjaya: menyediakan kesempatan mencabar dan bererti untuk pembelajaran berjaya. Contoh: Sebelum memulakan projek penyelidikan, murid-murid dibenarkan untuk berlatih mencungkil dan merumuskan maklumat dari pelbagai sumber. Usaha murid diberi maklum balas agar murid berasa yakin tentang tugasan yang akan dilakukannya.
- Tanggungjawapan Kendiri: mengaitkan kejayaan pembelajaran kepada usaha dan kebolehan peribadi pelajar. Contohnya: Guru menulis maklum balas tentang kualiti prestasi pelajar dan memperakui dedikasi dan kesungguhan pelajar.
Satisfaction / Kepuasan
- Pengukuhan Intrinsik: menyokong dan menggalakkan nikmat intrinsik akibat pengalaman pembelajaran. Contoh: Guru menjemput bekas pelajar untuk memberi perakuan tentang kepentingan kemahiran belajar dalam kerja rumah dan projek kelas.
- Gangaran Eksrintik: memberi pengukuhan positif dan maklum balas bermotivasi. Contoh: Guru menganugerahkan sijil kepada murid apabila murid telah menguasai satu set kemahiran yang lengkap.
- Equiti: memastikan piawaian dan akibat yang konsisten untuk kejayaan. Contoh: Selepas tamatnya projek kumpulan, guru memberi maklum balas berdasarkan kriteria yang telah diedarkan terlebih dahulu.
Menurut Keller & Burkman (1993), motivasi untuk belajar merupakan tanggungjawab pembangun koswer dimana mereka perlu:
- Menggunakan prinsip motivasi untuk menggalakkan pelajar untuk belajar.
- Arahan motivasi akan direkabentuk secara sistematik
- Motivasi perlu dipertimbangkan disetiap bahagian dalam sesuatu bahan instruksi
FAKTOR-FAKTOR DAN UPAYA-UPAYA DALAM MOTIVASI
Pada umumnya, pemandangan dalam kelas menunjukkan gambaran yang sangat kompleks dan terdiri dari pelbagai jenis keperibadian, potensi, latar belakang kehidupan, serta masalah belajar. Gambaran tersebut akan lebih kompleks kerana seorang pengajar juga membawa aneka ragam keperibadian, selera dan sebagainya yang boleh diperoleh dari pengalaman mereka mengajar sebelumnya.
Sebagai seorang pengajar harus dapat memotivasi pembelajaran pelajar dalam segala situasi. Seorang pengajar harus mempunyai metod tersendiri untuk memberikan dorongan pada pelajar agar mereka mahu berubah dan mampu mencapai hasil yang memuaskan.
Metod yang dilakukan dengan menggunakan prinsip dasar motivasi iaitu setiap orang hanya mahu mempelajari hal-hal yang menarik perhatiannya saja dan apa manfaatnya bagi dirinya. Agar belajar menjadi menarik dan bermanfaat ialah dengan membawa pelajar dalam memilih, menyusun rencana dan ikut serta pada situasi belajar. Oleh itu, pelajar dapat merasakan suatu tingkat pencapaian kekuatan dan penguasaan dalam belajar dan kemudian bertanggung jawab untuk melakukan rencana yang telah mereka susun.
Pentingnya motivasi kepada pelajar merupakan hal yang perlu diketahui oleh para pengajar. Hal ini dimaksudkan agar dalam proses pengajaran-pembelajaran dapat berjalan secara efektif dan efisien. Sebagai seorang pengajar adalah penting untuk dapat memotivasi para pelajar.
Dalam kegiatan belajar bagi pelajar itu sendiri motivasi sangat diperlukan dan sangat penting dalam proses pembelajaran. Di sini tugas seorang pengajar sebagai motivator pelajar agar lebih bermotivasi untuk belajar di dalam kelas.
Rumusan
Model ARCS dalam rekabentuk instruksi adalah pendekatan yang mudah digunakan untuk meningkatkan tarikan motivasi dalam instruksi. ARCS menyediakan kerangka yang kuat untuk mereka bentuk dan meningkatkan mutu motivasi dalam pelbbagai entiti seperti pengajaran di bilik darjah, penyediaan bahan di internet dan bahan pengajaran dan pembelajaran.