Hadiudin
Assalamualaikum ahlan wa sahlan..
Jenis-jenis solat sunat
MUQADIMAH
Islam merupakan agama yang memenuhi fitrah manusia dan merupakan agama yang syumul. Jika diteliti secara mendalam, agama Islam juga merupakan satu agama yang sering menjaga kemaslahatan umat-umatnya. Setiap permasalahan pasti diberikan jalan untuk menyelesaikannya. Salah satu jalan yang dimaksudkan adalah melalui perbuatan solat. Sebagai contoh, solat Fardhu 5 waktu. Selain daripada solat tersebut sebagai kewajipan, ianya juga merupakan pencegah kepada perbuatan munkar dan maksiat. Begitu juga solat-solat sunat. Masing-masing mempunyai kelebihan dan tujuan perlaksanaannya yang tersendiri.
Dalam kertas kerja ini, salah satu daripada solat-solat sunat yang akan diperjelaskan adalah mengenai solat Istisqa. Solat ini lebih dikenali sebagai solat meminta hujan. Persolannya sekarang, adakah solat ini perlu dipelajari dan apa pula kepentingannya. Untuk menjawab persoalan tersebut, cuba kita lihat keadaan dunia masa kini. Kini dunia diancam dengan isu pemanansan global dan sebagainya.
Selain itu juga, keadaan perubahan cuaca yang tidak menentu juga menyebabkan dunia semakin panas. Sebagai contoh musim panas dan kemarau. Ahli saintis menamakan fenoma tersebut sebagai “El Nino”. Ahli saintis menjangka ia akan berlaku 2 hingga 7 tahun sekali, akan tetapi jika ia berlaku setiap 10 tahun sekali maka perkara tersebut akan memburukkan keadaan.
Menurut pernyataan Profesor Dr. Khairulmaini Osman Salleh, Pengarah Pusat Hal Ehwal Cuaca Universiti Malaya (UM) 2007, “Fenomena yang terlewat ini bukan sesuatu yang baik. Ia bermakna El-Nino yang lebih kuat akan tercetus pada tahun ini. El-Nino yang diramal melanda Malaysia dan Asia Tenggara bakal menjadi lebih bertenaga ekoran pemanasan global sekarang. Sejak tahun 1900, El-Nino menunjukkan kesannya semakin hebat dan tempohnya juga lebih panjang. Ekoran kelewatan kemunculan fenomena itu, cuaca buruk yang bakal melanda Malaysia sudah pastinya teruk atau sekurang-kurangnya setanding dengan apa yang kita alami 10 tahun lalu”.
Disinilah perlunya perlaksanaan solat Istisqa, jika keadaan kemarau tersebut semakin memburuk. Maka selaku guru-guru ugama dan juga bakal guru-guru ugama khasnya dan umat Islam amnya, perlu mengetahui cara-cara melakukan solat Istisqa sebagai bekalan menghadapi masalah tersebut. Untuk itu, insyaAllah di dalam kertas kerja ini akan cuba untuk menjelaskan serba sedikit mengenai, definisi solat Istisqa, cara melaksanakannya, cara berkhutbah dan permasalahan-permasalahan mengenainya.
Solat Sunat Istisqa
DEFINISI SOLAT ISTISQA
Istisqa bermaksud memohon turunnya air dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala ketika terjadinya kekeringan dan tidak turun hujan. Istisqa’ bermaksud meminta siraman air. Istisqa’ juga bermakna doa meminta hujan kepada Allah S.W.T dengan cara yang tertentu seperti berdoa ketika khutbah Jumaat, berdoa setelah selesai solat, doa secara sendirian (tanpa solat atau khutbah) dan mengerjakan solat Istisqa’. Oleh itu solat sunat Istisqa’ adalah solat yang dikerjakan secara spesifik untuk memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar menurunkan hujan di saat terjadinya musim kemarau. Kejadian kemarau ini merupakan salah satu tanda kemurkaan Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai balasan terhadap hamba-hamba-Nya yang tidak menurut perintah-Nya. Sebagai contohnya telah diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu’ anh bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
...وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلاَّ أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ
وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلاَّ مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ...
Mafhumnya:
…Dan tidak akan ada suatu kaum yang mengurangi sukatan dan timbangan kecuali Allah akan mencabut nikmat-Nya dan menjadikan penguasa zalim memerintah mereka. Tidak ada orang yang menahan zakat daripaa harta-harta mereka kecuali Allah akan menahan turunnya titisan air dari langit…
(Hadis riwayat Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab al-Fitan, no: 4009)
Solat Istisqa adalah solat sunat dua ra’akat seperti melaksanakan solat sunat dua hari raya dari segi takbir, berjemaah, bacaannya harus keras, tempat dan dua khutbahnya setelah solat. Akan tetapi menurut Imam Hambali khutbah solat Istisqa hanyalah sekali sahaja.
Solat ini biasa dilakukan bertujuan untuk memohon kepada Allah Taala supaya menurunkan hujan. Ini disebabkan kerana waktu kemarau yang panjang.
Solat Sunat Dhuha
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
.
.
.
Waktu Solat Dhuha
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
.
.
Cara Mengerjakan Solat Dhuha
Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
Solat Sunat Tahajjud
“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”
(Surah Isra’; ayat 79)
.
Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)
.
Tujuan Solat Tahajjud
.
- Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
- Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
- Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
- Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
- Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
.
.
Cara Mendirikan Solat Tahajjud
.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,: “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)