REFLEKSI 2
ICT & TEKNOLOGI PENDIDIKAN ISLAM
Soalan : Kejayaan sesuatu projek itu bergantung kepada kebolehan pengurusan untuk mengkordinasikan organisasinya yang mempunyai kemahiran tertentu, supaya dapat melaksanakan tugasan yang diberikan. Nyatakan SEPULUH punca kegagalan dan SEPULUH cara mengelakan dalam pengurusan projek mereka bentuk pengajaran, sebagai satu proses analisa keperluan dan matlamat dan pembangunan sistem penyampaian untuk memenuhi keperluan pembelajatan. Ia termasuk pembangunan bahan-bahan pengajaran dan aktiviti : dan ujian dan penilaian semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
JAWAPAN :
Kejayaan sesuatu projek itu bergantung kepada kebolehan pengurusan untuk mengkordinasikan organisasinya yang mempunyai kemahiran tertentu, supaya dapat melaksanakan tugasan yang diberikan. Tujuan kaedah projek adalah untuk melibatkan murid dengan idea-idea konseptual dan memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah pengajaran lain.
Objektif utama kaedah ini adalah untuk pemerolehan pengetahuan yang baru oleh murid atau penggunaan pengetahuan sedia ada kepada situasi-situasi kehidupan seharian, penyelesaian masalah atau penghasilan produk. Dalam kaedah ini, guru berperanan untuk menentukan tajuk yang sesuai kepada murid. Bagi murid pendidikan khas, guru perlulah membantu sepenuhnya .
Guru seharusnya berperanan sebagai rakan pembimbing, memastikan setiap murid mempunyai peranan dan tugasan dalam melaksanakan projek, memberikan kebebasan dan kepercayaan kepada murid untuk melaksanakan sesuatu projek mengikut kemampuan murid dengan pemantauan guru , bertindak sebagai motivator dengan sentiasa memberi dorongan kepada murid untuk mengekalkan minat mereka serta memberi masa yang secukupnya kepada murid untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan.
Untuk melancarkan perjalanan sesuatu projek yang dirancangkan, guru perlulah menyediakan alatan yang mudah dikendalikan, ringan dan tidak terlalu membahayakan murid supaya mudah dan selamat digunakan . Sebelum projek dilaksanakan, guru sepatutnya terlebih dahulu menerangkan setiap tugasan itu, cara penggunaan alatan, tujuan projek dan sebagainya dengan berulang-ulang agar pelajar faham.
Adapun 10 punca kegagalan dalam pengurusan projek mereka bentuk pengajaran ialah :
1. Manusia tidak disusun atau tidak dibuat ahli jawatankuasa berdasarkan skedul kerja projek.
2. Manusia yang terlibat tidak bekerja untuk mencapai spesifikasi dan tujuan yang sama.
3. Rancangan projek dilakukan dan dikerjakan hanya rekaan tidak berdasarkan piawaian.
4. Keperluan perkembangan staf tidak diagih dengan betul.
5. Tidak peduli dengan ‘time frame’.
6. Projek besar dilakukan dalam masa yang sangat terhad.
7. Rancangan belanjawan yang buruk dan tidak sistematik.
8. Perancangan tidak dilaksanakan olek kumpulan berkenaan
9. Tiada siapa yang peduli dengan kemahiran yang perlu ada pada rakan pasukan.
10. Tiada usaha untuk menjadikan proses perancangan lebih sistematik.
Cara untuk mengelakan dalam pengurusan projek mereka bentuk pengajaran pula :
1. Hendaklah ada Sumber dan pengetahuan.
2. Hendaklah ada Tenaga kerja.
3. Hendaklah ditentukan objektif projek.
4. Kemudahan infrastruktur dan sokongan teknikal yang mencukupi.
5. Hendaklah menyediakan Skedul kerja yang bersesuaian dengan tugas.
6. Memahami corak interaksi dalam sesebuah organisasi bagi menghasilkan
persekitaran kerja yang kondusif.
7. Kenal pasti dan tentukan prosedur bagi menjelaskan langkah dan tanggungjawab utama.
8. Berhati-hati dengan khabar angin.
9. Sediakan senarai semak. Ini penting kerana, mana-mana kerja yang selesai dibuat, keraja lain boleh dilakukan.
10. Beri penekanan kepada matlamat kesluruhan projek.