sediakan khemah sebelum hujan !!
mari mengenali khemah
JENIS-JENIS KHEMAH
khemah terdapat dalam pelbagai jenis bentuk iaitu :
- Rigde tent
- Frame tent
- Dome tent
- Shelter
RIGDE TENT
khemah ini mempunyai dua tiang melintang di sepanjang bumbung. Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.
FRAME TENT
Khemah ini jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan sekeluarga. Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian.
DOME TENT
Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel. Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya.
SHELTER
Shelter sukar untuk dibina dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Boleh melindungi daripada serangga,panas, hujan, angin, salji dan suhu sejuk. Boleh menyembunyikan diri daripada musuh bahaya.
BAHAN KHEMAH
perkara lain mengenai Perkhemahan
PEMILIHAN TEMPAT UNTUK MENDIRIKAN KHEMAH
- Tanah atau tapak yang rata
Bertujuan untuk memudahkan pemasangan khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat.
- Berhampiran punca air
Air yang bersih boleh digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya. sama ada sungai, anak air, telaga, kolam atau sebagainya - Mudah untuk mendapat bantuan
Tapak perkhemahan yang dipilih juga berdasarkan kepada keadaan tempat yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan. Aktiviti perkhemahan haruslah melaporkan terlebih dahulu kepada pihak berkuasa seperti Polis, Jabatan Hutan, pihak yang bertanggungjawab dan lain-lain.