REFLEKSI 3

ICT & TEKNOLOGI PENDIDIKAN ISLAM

Soalan : Teknologi info-komunikasi bukan semata-mata suatu ilmu dan bukan juga alat, bahkan yang dititikberatkan ialah proses, kaedah, dan idea bagi memastikan penggunaan sesuatu ilmu dan alat atau bahan itu mencapai kejayaan. Bincangkan aplikasi ICT dan Media dalam Pendidikan Islam sebagai suatu usaha meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh seorang guru ugama.



JAWAPAN :



  1. PENDAHULUAN


Definisi Aplikasi - Di petik daripada Kamus Dewan Edisi Ketiga , aplikasi membawa maksud kegunaan ( pada praktiknya ) Sementara mengaplikasikan bermakna menggunakan secara praktik dan amali , melaksanakan atau menggunakan pada amalan. Pengaplikasian – perihal ( perbuatan ) mengaplikasikan sesuatu.


Pengertian IT - IT adalah singkatan bagi Information Technology. Di dalam Bahasa Melayu ianya di kenali sebagai Teknologi Maklumat yang mana boleh kita takrifkan sebagai kaedah yang digunakan untuk memindah,menyebar dan memapar maklumat.


Teknologi maklumat meliputi penggunaan perkakasan atau komponen (hardware) dan perisisan (software) untuk memproses maklumat. Teknologi maklumat merujuk kepada sains dan suatu aktiviti memproses dan menyimpan data serta menghantar maklumat dengan menggunakkan komputer.


Teknologi Maklumat (Information Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pem-prosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas : berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pem-prosesan maklumat.


Secara tepat dan mudah :


  • pengunaan komputer dan perisian untuk mengubah,
  • menyimpan,
  • melindungi,
  • memproses,
  • memindah,
  • melihat
  • mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.



Teknologi Maklumat juga boleh dipecahkan kepada komponen atau bahagian untuk memudahkan kajian dalam bidang ini. Komponen tersebut adalah :


  • Teknologi,
  • Organisasi
  • Pengguna.



Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat teknologi maklumat ialah teknologi yang berkaitan dengan pe-merolehan, penyimpanan,pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik.


Secara umumnya, teknologi maklumat ialah suatu alat utama dalam era maklumat.Alat ini digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebar maklumat terutama maklumat berbentuk digital.(Abdul Razak Hamdan, Yazrina Yahya, Mohd Shanudin Zakaria dan Mohd Zamri Murah.2000)


Menurut Mohd Aizaini bin Maarof di dalam buku beliau,“ Sistem Komputer dan Perisan”, IT di takrifkan sebagai : “ Semua jenis perkataan dan program yang digunakan dalam memproses, menyimpan dan memindahkan maklumat dalam bentuk elektronik.”'


Antara contoh IT ialah seperti:

  • Komputer
  • Program komputer seperti perisian pemprosesan data ( contoh Microsoft Word)
  • Cakera padat untuk menyimpan data
  • Mesin faks
  • Telefon



2. PEMBAHASAN


  • 2.1 Aplikasi ICT dan Media Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran


Komputer merupakan salah satu daripada contoh ICT yang banyak meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam pendidikan Islam.Justru itu para pendidik seharusnya mengetahui cara untuk mengendalikan beberapa perisian komputer yang sesuai di gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.


Contohnya:


Seorang guru menggunakan komputer sebagai alat bantu didalam Pelajaran Haji, katakanlah dalam mengajarkan tajuk tawaf. Dengan kemahiran yang ada pada seorang guru itu, ia bolehlah mengunakan perisian yang bersesuaian mengenai dengan tawaf kerana ini akan memudahkan guru dalam proses pengajarannya. Dengan melihat daripada bahan yang telah disajikan oleh guru tadi, murid-murid seolah-olah dapat merasai pengalaman yang sebenar. Murid-murid akan merasa seronok dan teruja apabila gurunya mengubah corak pengajaran daripada biasa iaitu daripada kaedah “chalk and talk” kepada kaedah “ click and surf “.


Murid-murid akan aktif dalam proses pembelajaran ini ,dan ini akan membawa kepada perbincangan yang positif dan menggalakkan (memandangkan mereka dapat gambaran yang jelas mengenai dengan tawaf tersebut). Disini juga terjadinya proses pengajaran dan pembelajaran dari dua hala (guru dan murid). Walau pun ada sebahagian daripada murid yang belum pernah menunaikan fardhu haji, mereka akan mendapat munafaat daripada apa yang telah disampaikan oleh guru mereka.Ini membuatkan mereka mudah mengingat dan mudah memahami apa yang di ajarkan.


Selain daripada itu, guru-guru juga boleh mengunakan bahan-bahan perisian ( software pendidikan) yang berbentuk audio visual saperti perisisan al-quraan,muqaddam,zakat Perisian –perisian pendidikan ini begitu di senangi guru memandangkan didalam satu perisian itu banyak perkara yang dapat diperolehi murid oleh murid memandangkan pembelajaran bagi kecenderungan belajar murid 75% diperolehinya daripada pandangannya,13% daripada apa yang didengarnya,6% dari apa yang disentuh,3% daripada apa yang dihidu dan 3% daripada apa yang dirasanya.Memang tidak dapat disangkalkan lagi pendapat yang diutarakan oleh Jonassen bahawa persembahan multimedia lebih “ attention- getting and attention-holding”.


Memandangkan multimedia adalah multimode, iaitu rangsangan yang berlaku apabila saluran (media) yang berlainan menyediakan maklumat yang saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Malahan ia dapat memainkan peranan untuk menyediakan persekitaran yang kaya dengan sumber bagi membolehkan pengajaran guru berorientasikan pelajar secara lebih berkesan.


Di samping software pendidikan tersebut, guru-guru juga sudah banyak yang berkemahiran dengan menjadikan powerpoint sebagai salah satu alat bantu mengajar mereka. Bahan-bahan yang di selitkan dalam slide-slide tersebut ada yang mereka perolehi dengan mudahnya seandainya mereka itu mahir dalam melayari internet.



  • 2.2 Manfaat ICT dalam pendidikan diantaranya:


1) Berupaya meningkatkan kefahaman dan keupayaan murid dalam pelajaran

2) Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid dengan pelbagai keupayaan

3) Meningkatkan motivasi murid

4) Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)

5) Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi

6) Mewujudkan suasana pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan

7) Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yg sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya dilakukan dengan cara biasa

8) Meningkatkan kreativiti dan imaginasi murid

9) Memberi peluang kepada murid belajar secara lebih berkesan dengan bimbingan yang minima.

10) Meningkatkan kemahiran ICT

Bagi seorang guru kenalah memenuhi syarat untuk memanafaatkan IT dalam pengajaran dan pembelajaran agar pengajaranya itu berkesan dengan memberi perhatian perkara berikut:

  • Pengunaan IT dalam pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dengan baik, bukannya secara bidan terjun atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum
  • Guru mesti menggunakan IT bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau menyokong sesuatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran
  • Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai.(Kementerian Pendidikan Malaysia,Penggunaan Teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) dalam Pengajaran Dan Pembelajaran, 2001, 3-4)



  • 2.3 Keberkesanan Guru- Guru Ugama Dalam Mengaplikasikan Alatan ICT Pendidikan

Hasil tinjauan dan temubual dengan beberapa orang rakan seperjuangan , mereka memberikan pandangan yang berbeza-beza dan hasilnya dapatlah dilihat :


1) Sebelum Proses Pengajaran dan Pembelajaran

a. Murid-murid rajin hadir ke sekolah

b. Murid bergiat aktif dan melibatkan diri dalam penyediaan dan persiapan pengajaran Guru

c. Murid sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal


2) Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran

a. Murid-murid dalam keadaan terkawal, senyap dan bersedia mengikuti pengajaran Guru

b. Murid-murid teruja, seronok dengan penyampaian guru kerana mereka merasakan satu kelainan sewaktu proses pembelajaran dijalankan

c. Murid-murid mudah memahami dan mengingat dengan apa yang disampaikan oleh Guru

d. Murid-murid aktif menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dan sering membawa kepada perbincangan yang positif dan menggalakkan

e. Proses pengajaran dan pembelajaran dari dua hala (Guru dan Murid) ada respond yang memberangsangkan

f. Murid mahu membuat dan mengikuti serta suka mengexplorasi alatan ICT (laptop)


3) Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Konsentrasi murid berpanjangan dan berkekalan. Dari maklumat borang kajiselidik yang diberikan oleh 20 orang Guru-guru, kebanyakkan murid dapat menjawab soalan-soalan latihan dan ujian dengan baik dan cemerlang



3. PENUTUP


Kesimpulan


Dalam era digital dan teknologi ini adalah penting bagi kita selaku tenaga pengajar untuk mengubah gaya pembelajaran,daripada hanya mengunakan kaedah “ chalk and talk “ kepada “ click and surf.”


Dengan mengaplikasi IT dalam pengajaran pendidikan Islam, sedikit sabanyak akan dapat membantu meningkatkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif & efektif. Akan tetapi seandainya tidak di sertai dengan kemahiran dan latihan , segala apa yang diimpikan (untuk melahirkan pembelajaran yang kondusif dan efektif) tadi, tidak akan tercapai.


Kepentingan IT tidak dapat disangkal lagi dalam sistem pendidikan seluruh dunia hari ini. Oleh itu, penggunaannya dapat menjelaskan mesej yang ingin disampaikan serta memberi keyakinan yang tinggi kepada guru dan murid serta mengekalkan minat murid untuk belajar pendidikan Islam di sekolah. Tumpuan utama boleh diberikan kepada penggunaan komputer kerana komputer merupakan alat teknologi yang mendapat tumpuan utama dalam sistem pendidikan hari ini kerana keupayaannya mampu memberi maklumat lebih baik dan banyak berbanding dengan peralatan teknologi pendidikan yang lain. Penggunaan yang meluas akan memberikan satu tanda arus perubahan besar yang berlaku dalam sistem pendidikan negara khususnya berhubung dengan penggunaan IT dalam bidang Pendidikan Islam.


Seorang guru yang mengajar pendidikan Islam hendaklah bersedia untuk menerima perubahan anjakan paradigm untuk menggunakan IT dalam pengajaran dan pembelajaran.Disamping itu mereka juga perlu berubah sikap dari yang pasif kepada aktif dalam sama-sama menyahut cabaran perubahan yang mana akan membawa impak tersendiri bagi kerja seorang guru. Guru-guru juga dianjurkan berkerjasama dalam mencapai matlamat yang ditentukan.Dan seorang guru perlu ingat, bahawa mereka bukan hanya seorang pengajar akan tetapi juga mesti selalu belajar mengajar demi untuk kebaikan pengajarannya dan juga pembelajaran murid.






BIBILIOGRAFI

Abdul Razak Hamdan, Yazrina Yahya, Mohd Shanudin Zakaria dan Mohd Zamri Murah, 2000, Teknologi Maklumat , McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Malaysia

Ahmad Mohd Salleh.1997.Pendidikan Islam,Falsafah,Pedagogi dan Metodologi, Fajar Bakti Sdn Bhd .Shah Alam

Mohd. Aizaini Maarof, 2004, Siri 1 Sistem Komputer dan Perisan, Universiti Teknologi Malaysia. Johor

Choong Lean Keow phd.2008.Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. Kumpulan Budiman Sdn Bhd,Selangor

Irma Indayu Omar & Yushiana Mansor, 2005, Panduan Mencari Maklumat, PTS Publishing Sdn Bhd,Pahang