12DT021
DIPLOMA TERTINGGI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN
PD 0204 ICT DALAM PENDIDIKAN ISLAM
Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh
RUKUN ISLAM
Rukun Islam ada 5 perkara :
1.Mengucap dua kalimat syahadat.
2.Menunaikan sholat lima waktu dalam sehari semalam.
3.Mengeluarkan zakat.
4.Berpuasa pada bulan Ramadhan.
5.Melaksanakan haji bagi mereka yang mampu.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala tentang sembahyang :
12 DT 021
PENGERTIAN SEMBAHYANG
Dalam bahasa Arab, sembahyang bermaksud doa. Pengertian sembahyang dari segi bahasa ialah berdoa untuk kebaikan. Dari segi syara' pula ialah semua perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam. Ibadah sembahyang menjadi wajib kerana telah disabitkan oleh Al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama'. Mengikut istilah syarak pula ialah perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam. Sebelum melakukan sembahyang, hendaklah bersuci terlebih dulu iaitu berwuduk.Sembahyang mula difardukan kepada umat Islam ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Islam sebagai agama tulen menjadikan sembahyang sebagai satu daripada rukunnya dengan mewajibkan setiap penganutnya mendirikan sembahyang lima kali sehari apabila cukup syaratnya.